Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaGAYA HIDUPAGAMAMufti Pekak: Mahathir pernah...

Mufti Pekak: Mahathir pernah arah pecat Mufti Selangor semasa menjadi PM ke-4 - pakdin.my

Antara mufti yang pernah berkrisis dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri ke 4 dahulu adalah Almarhum Tuan Guru Dato Ishak Baharom, Mufti Selangor antara tahun 1985 hingga 1997.

Salah satu punca beliau menjadi mufti yang sangat tegas dalam hal ehwal Islam adalah kerana pesanan Almarhum Sultan Selangor sendiri. Ketika menyerahkan watikah sebagai mufti kepada beliau, Sultan bertitah “Saya serahkan urusan agama ini kepada Dato. Jika Allah bertanya kepada saya tentang urusan agama-Nya di akhirat kelak, maka saya akan tunjuk ke arah Dato”.

Pesanan yang menggetarkan hati ini akhirnya menjadi punca beliau sangat konsisten dalam mendaulatkan Islam ditengah rencah kemodenan negeri ketika itu. Beliau bekerjasama dengan peguam2 syarie Selangor bagi memperkasa undang2 jenayah syariah negeri, menentang sedaya upaya ajaran sesat seperti pengharaman 12 kumpulan dan sentiasa dominon bersuara melawan ancaman liberal yang berselindung di atas nama hak asasi.

Pertandingan Miss Malaysia 1997 di Subang Jaya adalah permulaan krisis antara beliau dan kerajaan pusat. Fatwa Selangor 1995 telah mengharamkan penyertaan mana2 umat Islam dalam pertandingan tersebut. Oleh itu, 3 gadis Islam yang terlibat telah ditahan oleh JAIS dan kemudiannya menimbulkan polemik apabila Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke 4 secara terbuka mengkritik kaedah penangkapan tersebut. Sedangkan urusan agama adalah dibawah kuasa negeri dan bukannya persekutuan.

Krisis ini menjadi panjang apabila Dato Ishak dalam satu ceramahnya memberi amaran kepada umat Islam yang merendahkan hukum agama seperti hudud. Tegas beliau, sesiapa yang mempersenda hukum Islam boleh tergugur akidah tanpa sedar.

Walaupun ceramah tersebut bersifat umum , tetapi sebahagian daripada ahli politik telah menafsirkan perkataan almarhum sebagai ‘serangan’ ke atas Dr Mahathir yang sebelum ini sangat sinikal dengan usaha Kelantan bagi melaksanakan syariah.

Kira-kira 2 bulan selepas itu, beliau akhirnya dipecat / ditamat kontrak dengan hanya satu memo daripada Kuala Lumpur kepada kerajaan Selangor berbunyi, “Singkir Ishak Baharom, dia penghalang kemajuan”. Ini diceritakan sendiri oleh Dato Ishak pada tahun 2004.

Dato Ishak Baharom kemudiannya meneruskan kerja dakwahnya secara bebas dan mula aktif di dalam politik termasuk menubuhkan GERAK bagi membela DS Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Disebabkan itu, beliau diharamkan berceramah di Selangor.

Beliau memilih PAS sebagai landasan politik selepas itu. Dilantik sebagai ahli Majlis Syura Ulama selama 2 penggal antara 2001-2007 dan AJK Dewan Ulama PAS Pusat antara 2003 hingga ke akhir hayat.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buluh pada Januari 2008. Sultan Selangor kemudiannya bertitah agar pengkebumian beliau dijalankan mengikut istiadat negeri di Makam DiRaja Shah Alam.

Titah Tuanku As Sultan ini menunjukkan walaupun beliau ketika hayatnya begitu banyak diperlekeh oleh golongan tertentu yang berkuasa, tetapi jasa dan ilmunya tetap dihargai dan dihormati pihak istana.

Begitulah kisah seorang mufti. Beliau tidak pekak dengan rintihan kekeliruan umat. Beliau tidak bisu dengan ugutan keduniaan. Beliau sentiasa menjadi barisan hadapan apabila wujudnya ancaman ke atas akidah dan akhlak umat Islam.

Semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan Almarhum Tuan Guru Dato Ishak Baharom – yang sehingga ke akhir hayatnya tidak pernah terhenti kasih dan cinta kepada agama-Nya

——
Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2435229456527063&id=100001200986490

* Nota kaki:
Mahathir pernah kata zaman nabi tak ada Gillette merujuk kepada sunah menyimpan janggut.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674