UtamaNASIONALBORNEORumah didakwa ada hantu,...

Rumah didakwa ada hantu, peniaga rugi RM192,000 ditipu bomoh - pakdin.my

KUCHING — Seorang peniaga kerugian RM192,000, gara-gara mempercayai ‘bomoh’ yang mendakwa mampu menghalau hantu di kediaman milik peniaga tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata mangsa berusia 55 tahun dari Padawan, terserempak dengan tiga perempuan yang tidak dikenali, memberitahu yang mereka sedang mencari daun untuk mengubati penyakit kulit anak salah seorang dari mereka.

“Kemudian suspek mengatakan rumah yang didiami mangsa di Jalan Stephen Yong, mempunyai hantu sejak sembilan tahun yang lalu, dan akan membantu mangsa melakukan upacara sembahyang di rumahnya, dengan syarat mangsa perlu mengeluarkan kesemua wang simpanan dan menyerahkan kepada mereka terlebih dahulu.

“Pada hari yang sama, mangsa yang diiringi salah seorang suspek mengeluarkan wang simpanan berjumlah RM180,000 di sebuah bank di Batu 3, Kuching, dan menyerahkan pelbagai barangan kemas miliknya kepada suspek di tempat letak kereta di MJC Batu Kawa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mustafa berkata suspek kemudiannya menyerahkan satu bungkusan dikatakan berisi wang, dan barangan kemas milik mangsa, dan hanya boleh dibuka selepas seminggu, namun, selepas seminggu mangsa menyedari ditipu selepas mendapati hanya terdapat dua botol air mineral dan empat kotak air soya.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan, seorang suri rumah berusia 68 tahun kehilangan RM100,000, setelah terpedaya dengan tabib cina, yang mendakwa ahli keluarga mangsa akan ditimpa bencana, dan dia mengatakan akan membantu mangsa melakukan upacara sembahyang membuang sial.

“Suspek mengarahkan mangsa balik ke rumah untuk mengambil wang tunai dan barangan kemas, dan turut mengarahkan mangsa mengeluarkan wang simpanan di dalam akaun untuk diserahkan kepada mereka.

“Pada hari yang sama, mangsa menyerahkan wang tunai dan pelbagai barangan kemas keseluruhannya bernilai RM100,000,” katanya.

Mustafa berkata suspek menyerahkan kembali bungkusan plastik hitam dan meminta mangsa menyimpan bungkusan plastik itu di dalam begnya, dan menurut suspek, mangsa hanya boleh membuka bungkusan plastik itu selepas 52 hari.

“Mangsa menyedari ditipu setelah membuka bungkusan plastik itu setiba di rumahnya, dan mendapati hanya terdapat empat botol air mineral dan pasir yang dibalut dalam surat khabar lama,” katanya.

Mustafa berkata kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. — Bernama

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU