Dan Tuhan sebaik perancang - pakdin.my

Perbicaraan SRC International semalam sangat menarik minat saya. Didedahkan bahawa DS Najib Razak sebagai Menteri Kewangan telah mengarahkan agar Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Menteri JPM) agar menilai permohonan 1MDB sebanyak RM3 bilion bagi penubuhan SRC International.

Tan Sri Nor Mohamed kemudiannya mengarahkan Datuk Noriah Ahmad sebagai Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi mengkaji cadangan tersebut dan analisis potensi projek ini kemudiannya dibuat oleh Dr Kamariah Noruddin, Timbalan Ketua Pengarah EPU.

Dr Kamariah ketika perbicaraan memberitahu, beliau merasa ‘serba-salah’ untuk menganalisa permohonan ini memandangkan ia dipohon oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri yang menjadi boss tertinggi beliau.

Namun, atas integriti sebagai penjawat awam yang profesional, beliau mengeluarkan syor menolak permohonan 1MDB itu memandangkan ia bertindih dengan peranan beberapa GLC lain seperti Petronas. Hanya syor RM20juta sahaja dicadang untuk diluluskan sebagai modal permulaan.

You see, at this point saya sedikit mengharapkan sesuatu yang ‘besar’ terbongkar. Bahawa DS Najib atau ‘kroni penyamunnya’ kemudiannya masuk campur dan mengubah syor kertas kerja tersebut. Sebab jujurnya, bagi saya sebagai orang yang selalu buat kertas kerja, menjustifikasikan apa-apa syor bukannya sesuatu yang sangat susah.

Tetapi akhirnya syor Dr Kamariah itu dibawa oleh TS Nor Mohamed dan akhirnya diluluskan oleh DS Najib Razak tanpa sebarang soal – jawab lanjut

Kisah ini besar bagi saya. Ia menunjukkan betapa tingginya integriti seorang penjawat awam, betapa profesionalnya seorang menteri dan Perdana Menteri dalam menerima pandangan bawahan dan betapa ber-etika-nya kerajaan lama dalam bekerja untuk negara.

Jadi kepada si sembab yang bawa cerita dahulu kononnya “Najib minta duit dengan Najib, Najib bincang dengan Najib maka luluslah duit kepada Najib oleh Najib”, maka elok sangatlah awak tu sujud atas batu karbala pun

#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation

Bacaan lanjut:

[1] https://www.sinarharian.com.my/article/26281/BERITA/Mahkamah/SRC-International-terima-geran-RM20j-sebagai-modal-permulaan

http://pqkdin.my/tag/src-international

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2440030116046997&id=100001200986490

UTAMABERITADan Tuhan sebaik perancang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium