UtamaNASIONALDolak-Dalik PAS Makan Diri,...

Dolak-Dalik PAS Makan Diri, Hakis Sokongan Pengundi Atas Pagar - pakdin.my

Selepas teruk terpukul barulah Pas berani tampil membuat kenyataan berhubung dakwaan timbalan presidennya, Mohamad Sabu, mengaitkan seorang komunis dengan usaha memperjuangkan kemerdekaan negara.

Lebih 500 laporan polis dibuat terhadap Mohamad, yang lebih dikenali Mat Sabu, nyata memberi tamparan kepada Pas, sehingga memaksa setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali bergelut mempertahankan kenyataan itu.

Jika diamati, kenyataan Mustafa bahawa perjuangan kemerdekaan bukan bermula dengan Umno, yang ditubuhkan pada 1946 tetapi sebelum itu lagi seperti di zaman Datuk Maharajalela, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Dol Said dan Abdul Rahman Limbong, hanyalah satu helah, yang sudah diketahui umum.

Tidak ada siapa yang pernah menafikan perkara itu, malah Umno sendiri tidak pernah menafikan perjuangan tokoh-tokoh yang mahu menghalau British dari Tanah Melayu itu pada ketika dahulu.

Umpamanya, siaran TV Pendidikan pada awal dan pertengahan 1980-an dalam subjek Sejarah, menyiarkan lakonan semula bagaimana tokoh-tokoh ini menentang Inggeris, yang sekaligus menolak tanggapan bahawa kerajaan mengetepikan langsung perjuangan mereka itu.

Pas harus sedar, tindak tanduk, gelagat dan kenyataan kontroversi pemimpinannya mendewakan komunis telah mengguris hati banyak pihak terutama bekas anggota pasukan keselamatan dan kaum keluarga yang terbabit dengan tragedi Bukit Kepong, 61 tahun lepas serta orang Melayu dan Islam di negara ini secara amnya.

Regimen Ke-10 PKM

Kenapa Mohamad Sabu mengeluarkan kenyataan cuba meletakkan seorang komunis sebagai hero? Kenapa kenyataan itu dibuat di bulan Kemerdekaan? Apakah seorang seperti Mohamad Sabu mampu mengabui mata rakyat untuk menulis semula sejarah?

Banyak lagi persoalan bermain di fikiran rakyat. Apakah Pas tidak senang dengan semangat rakyat yang berkobar-kobar menyambut Hari Merdeka? Atau adakah Pas takut semangat rakyat itu akan diterjemah menjadi undi untuk Umno dan Barisan Nasional?

Selepas mengubah dasarnya daripada memperjuangkan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, Pas kali ini mencari `pasal’ pula dengan memperjuangkan seorang Mat Indera, sebagai hero.

Terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan bahawa Mat Indera adalah komunis dan seperti tercatat dalam sejarah negara, wira sebenar dalam tragedi Bukit Kepong ialah 25 orang anggota keselamatan dan keluarga yang terbunuh ketika mempertahankan balai di situ daripada ditawan komunis.

Isu-isu tidak masuk akal yang dimainkan oleh pemimpin Pas yang mencari publisiti murahan, tidak dapat dinafikan telah mencalar-balarkan imej parti itu yang selama ini mendabik dada memperjuangkan Islam dan kepentingan orang Melayu.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata bahawa pada tahun 1989 satu perjanjian damai dibuat antaa kerajaan dan komunis iaitu mereka bersetuju meletak senjata tetapi ideologi komunis masih dihayati pihak tertentu.

“Ada pihak tertentu di kalangan bukan Melayu menggunakan orang Melayu melalui ahli politik untuk sebarkan ideologi komunis. Mat Sabu menjadi mangsa untuk memainkan peranan tersebut dan sebagai pemimpin dia tidak sepatutnya terikut-ikut dengan kehendak orang lain.

“Kita juga dapat lihat bahawa perwakilan Pas tidak bijak milih peimimpin. Mat Sabu tidak layak untuk jadi timbalan presiden dan dia bukan ulama tetapi hanya kaki buat bising,” katanya.

Homeguard Kaum Cina

Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Che Hamdan Mohd Razali berkata isu itu tentunya memberikan banyak impak negatif kepada Pas kerana perkara itu termasuk ideologi komunis dan siapa yang memperjuangkan kemerdekaan secara akademiknya sudah tercatat utuh dalam sejarah.

“Kita lihat sekarang baru dipertikai perkara ini. Mengenai pengundi atas pagar pula saya percaya pengundi Melayu akan berasa tidak puas hati dan akan menjauhkan diri dari Pas.

“Kalau pengundi Cina, saya rasa mereka sekarang berminat untuk membuat kajian lebih mengenai perjuangan kemerdekaan itu sendiri termasuk perjuangan semasa pemerintahan Jepun dahulu. Mereka mencari buku-buku yang terbabit dan menyifatkan fakta perjuangan menentang penjajah ini perlu diperluaskan,” katanya.

Che Hamdan berkata pengundi Melayu atas pagar akan melihat dalam Pas sendiri ada kekalutan menangani isu itu.

Mungkin pemimpin politik dalam usaha mencari sokongan dengan apa sekali pun kenyataan yang dibuat, perlu mengingatkan diri dengan pepatah Melayu yang menyebut “menang sorak, kampung tergadai” dan “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s