Monday, September 16, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

Penjelasan Kepada Tular Mengenai Doa Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan Yang Tersebar Luas Di Kalangan Umat Islam Apabila Ramadhan Hampir Tiba. - pakdin.my

Sebelum sebar sebarang hadis mengenai Ramadhan semak dahulu. Takut nanti secara tidak sengaja kita menyebarkan pembohongan atas nama Rasulullah s.a.w walaupun berniat baik.

Jika tidak pasti jangan sebar.

**************************
Soalan Kemusykilan

Setiap Kali Ramadhan Semakin Menjelang, Pastinya Saya Akan Menerima Mesej Tentang Sebuah Hadis Berkaitan Doa Jibril Dan Diaminkan Oleh Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam Serta Para Sahabat. Hadith Tersebut Berbunyi: Do’a Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan ” “ya Allah Tolong Abaikan Puasa Ummat Muhammad, Apabila Sebelum Memasuki Bulan Ramadhan Dia Tidak Melakukan Hal-hal Yang Berikut: * Tidak Memohon Maaf Terlebih Dahulu Kepada Kedua Orang Tuanya (jika Masih Ada); * Tidak Berma’afan Terlebih Dahulu Antara Suami Isteri; * Tidak Bermaafan Terlebih Dahulu Dengan Orang-orang Sekitarnya. Maka Rasulullah Pun Mengatakan Amiin Sebanyak 3 Kali. Dapatkah Kita Bayangkan, Yang Berdo’a Adalah Malaikat Dan Yang Meng-amiinkan Adalah Rasullullah Dan Para Sahabat , Dan Dilakukan Pada Hari Jumaat. Adakah Benar Wujud Doa Ini ?

**************************

Jawapan:

Setelah dibuat carian, kata-kata ini tidak diketahui asalnya, sanadnya dan lafaz kata-kata tersebut daripada mana-mana kitab-kitab hadith. Pengkaji hadith mendapati kata-kata dengan lafaz tersebut adalah palsu dan suatu cubaan untuk berdusta atas nama baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم . Justeru itu, haram bagi kita untuk menyebarkannya melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya. Ini kerana, menyandarkan sesuatu yang tidak diperkatakan oleh Rasulullah SAW adalah satu dosa yang besar.

Bahkan dalam Kitab “أنيس الساري في تخريج وتحقيق الأحاديث التي ذكرها الحافظ إبن حجر العسقلاني في فتح الباري” terdapat banyak hadith lain yang lafaznya seakan sama kepada kata-kata di atas yang datangnya daripada beberapa perawi-perawi dan riwayat yang berbeza-beza lafaznya. Antaranya daripada hadith Jabir bin ‘Abdullah, hadith Abu Hurairah, hadith ‘Ammar bin Yasir, hadith Anas, hadith Kaab bin ‘Ujrah, hadith Malek bin al-Huwairith, hadith Jabir bin Samrah, hadith ‘Abdullah bin al-Harith bin Juz’I, al-Zubaidi, hadith Ibn ‘Abbas, hadith Ibn Mas‘ud, hadith Buraidah dan hadith Sa‘id bin al-Musayyab yang diriwayatkan secara Mursal.

Di sini dinyatakan tiga riwayat hadith yang berkaitan;

1- Hadith Jabir bin ‘Abdullah RA:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، ” أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَقَى الْمِنْبَرَ ، فَلَمَّا رَقَى الدَّرَجَةَ الأُولَى ، قَالَ : آمِينَ ، ثُمَّ رَقَى الثَّانِيَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ، ثُمَّ رَقَى الثَّالِثَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ، فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، سَمِعْنَاكَ تَقُولُ : آمِينَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ؟ قَالَ : لَمَّا رَقِيتُ الدَّرَجَةَ الأُولَى جَاءَنِي جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ رَمَضَانَ ، فَانْسَلَخَ مِنْهُ وَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، ثُمَّ قَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يُدْخِلاهُ الْجَنَّةَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، ثُمَّ قَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ وَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ “.

-أخرجه البخاري في الأدب المفرد , باب منذكر عنده النبي (ص) فلم يصل عليه, رقم حديث 644 وقال السخاوي: هو حديث حسن. والطبراني في تهذيب الأثار, باب مسند طلحة بن عبيد الله, رقم حديث 356. والدارقطني في الأفراد كما في التهذيب التهذيب (7/195) وإبن شاهين في فضائل شهر رمضان (9) والبيهقي في الشعب (3350) وإبن عساكر في فضائل شهر رمضان (6) وغيرهم.

Maksudnya:

Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA, bahawa Nabi SAW menaiki mimbar, ketika baginda menaiki anak tangga yang pertama, baginda menyebut: “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga yang kedua, baginda menyebut: “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga ketiga, baginda menyebut: “Amin”. Para sahabat bertanya: “Ya Rasullullah, kami mendengar engkau menyebut Amin sebanyak tiga kali”. Baginda menjawab: “Ketika aku menaiki anak tangga yang pertama, Jibril datang kepadaku dan berkata: “Celakalah seseorang hamba yang bertemu dengan Ramadhan, tetapi keluar daripadanya tanpa diampuni dosanya. Lalu aku pun menyebut Amin.” Kemudian Jibril berkata: “Celakalah seseorang hamba yang ibu bapanya masih hidup atau salah seorang daripada mereka masih hidup, tetapi hal itu tidak memasukkan nya ke dalam syurga. Aku pun menyebut Amin.” Kemudian Jibril berkata: “Celakalah seseorang hamba yang nama engkau (iaitu nama Rasullullah SAW) di sebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau. Aku pun menyebut Amin.” (Hadith hasan riwayat al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. hadith: 644, al-Tabrani dalam al-Tahzib al-Athar, no. hadith: 356, al-Daruqutni dalam al-Afrad, 7/195, al-Baihaqi dalam al-Syu‘ab, no. hadith: 3350, Ibn Syahin dalam Fadhail Syahru Ramadhan, no. hadith: 9, Ibn ‘Asyakir dalam Fadhail Syahru Ramadhan, no. hadith: 6).

Hadith riwayat Abu Hurairah RA:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ.

-أخرجه الترمذي في سننه, كتاب الدعوات, باب قول رسول الله (ص) رغم أنف رجل…, رقم حديث 3545 , عن أبي هريرة رضي الله عنه, وقال أبو عيسى : هذا حديث حسن غريب من هذا الوجه وأحمد في مسنده (2/254) رقم حديث 7139, وإبن حبان في صحيحه (908) والحاكم في المستدرك (1/549) حديث رقم 7256, والبيهقي في الدعوات (152) وغيرهم.

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah seseorang apabila namaku disebut-sebut di hadapannya dan dia tidak mengucapkan selawat kepadaku. Dan celakalah seseorang, apabila Bulan Ramadhan menemuinya kemudian berlalu pergi sebelum dia mendapatkan keampunan, dan celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orang tuanya tidak dapat memasukkannya ke dalam Syurga (kerana kebaktiannya).” (Hadith riwayat At-Tirmizi, no. hadith: 3545, dengan katanya hadith ini hasan gharib, Ahmad, no. hadith: 7139, Ibn Hibban dalam sahihnya, no.hadith: 908, al-Hakim dalam al-Mustadrak, no. hadith: 7256, al-Baihaqi dalam al-Da‘waat, no.hadith: 152)

Hadith riwayat Ka’ab bin ‘Ujrah RA:

عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ : ” احْضَرُوا الْمِنْبَرَ ” ، فَحَضَرْنَا ، فَلَمَّا ارْتَقَى دَرَجَةً ، قَالَ : ” آمِينَ ” ، فَلَمَّا ارْتَقَى الدَّرَجَةَ الثَّانِيَةَ ، قَالَ : ” آمِينَ ” ، فَلَمَّا ارْتَقَى الدَّرَجَةَ الثَّالِثَةَ ، قَالَ : ” آمِينَ ” ، فَلَمَّا نَزَلَ ، قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، لَقَدْ سَمِعْنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئًا مَا كُنَّا نَسْمَعُهُ ، قَالَ : ” إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ الصَّلاةُ وَالسَّلامُ عَرَضَ لِي ، فَقَالَ : بُعْدًا لِمَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ فَلَمْ يَغْفَرْ لَهُ ، قُلْتُ : آمِينَ ، فَلَمَّا رَقِيتُ الثَّانِيَةَ ، قَالَ : بُعْدًا لِمَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ ، قُلْتُ : آمِينَ ، فَلَمَّا رَقِيتُ الثَّالِثَةَ ، قَالَ : بُعْدًا لِمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ عِنْدَهُ أَوْ أَحَدُهُمَا ، فَلَمْ يُدْخِلاهُ الْجَنَّةَ ، قُلْتُ : آمِينَ ” . هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحُ الإِسْنَادِ ، وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ .

-أخرجه الحاكم في المستدرك, كتاب البر والصلة, باب سعيد إبن أبي مريم (4/134-135), حديث رقم 7321, وقال الذهبي هذا حديث صحيح الإسناد ، ولم يخرجاه, والطبراني في الكبير (19/144( والبيهقي في الشعب (1471) والبخاري في الكبير (4/1/220) وغيرهم.

Maksudnya:

Daripada Ka’ab bin ‘Ujrah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar”. Maka kami pun berhimpun. Lalu baginda menaiki anak tangga mimbar dan berkata: “Amin.” Ketika naik ke anak tangga kedua, baginda berkata lagi: “Amin.” Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, baginda berkata lagi: “Amin.” Dan ketika baginda turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu daripada tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya Jibrail A.S telah membisikkan (doa) kepadaku dengan berkata: “Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni.” Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: “Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan selawat ke atasmu.” Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: “Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya (telah tua), namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga (dengan berbakti kepadanya).” Lalu aku pun mengaminkannya. (Hadith sahih riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, no. hadith: 7321, al-Tabrani dalam al-Kabir (19/144), al-Baihaqi dalam al-Syu‘ab, no.hadith: 1471, al-Bukhari dalam al-Kabir (4/1/220)

Memadailah dengan tiga hadith yang diutarakan di atas yang cukup jelas untuk disebarkan kepada masyarakat. Adalah kewajipan kita untuk memelihara hadith Nabi SAW daripada sebarang pendustaan yang disandarkan kepada Baginda SAW. Tambahan pula, mengenalpasti akan kesahihan status sebuah hadith adalah penting kerana Nabi SAW telah mengancam terhadap orang-orang yang melakukan pendustaan terhadapnya dan juga kalamnya (hadithnya). Nabi SAW bersabda:

مَنْ يَقُلْ عَلَيَّ مَا لَمْ أَقُلْ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ.رواه البخاري

Maksudnya: “Barangsiapa yang berkata di atas namaku yang mana aku tidak perah mengucapkannya maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” (Hadith riwayat al-Bukhari, no.hadith: 109)

Oleh itu, berhati-hatilah bila disampaikan sesuatu kepada kita yang dikaitkan dengan baginda Nabi صلى الله عليه وسلم, hendaklah menyemak hadith tersebut kepada ahli hadith ataupun daripada sumber-sumber yang diyakini.

والله أعلم.

Sumber: http://myhadith.islam.gov.my/index.php/bm/semua-al-manhal-al-tanwir/970-penjelasan-kepada-tular-mengenai-doa-malaikat-jibrail-menjelang-ramadhan-yang-tersebar-luas-di-kalangan-umat-islam-apabila-ramadhan-hampir-tiba?

[VIDEO] Pintu sempadan negara sesak, orang ramai ambil peluang cuti ke Thailand

Dua pintu sempadan negara di negeri Kedah mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan jumlah kenderaan dari negara ini yang hendak memasuki Thailand sempena cuti sekolah.

[VIDEO] Tiga individu cedera akibat diserang memerang di Kota Kinabalu

Dua wanita masing-masing berusia 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berumur 56 tahun mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan memerang semasa melakukan aktiviti rekreasi di Tanjung Aru Perdana Park pada 11 September 2024..

[VIDEO] Raja Petra meninggal dunia pada usia 74 tahun

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

[VIDEO] Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk mengambil serius berkenaan pengetahuan penjagaan kesihatan, terutama berkaitan keburukan pengambilan gula secara berlebihan.

Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Teresa Kok – Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, berhubung kenyataannya yang mendakwa pensijilan halal berpotensi menambah beban para peniaga dan memalukan negara.

[VIDEO] Lemas jadi punca bayi lapan bulan maut – Polis

Polis hari ini mengesahkan kematian bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Taman Kelemak Utama di sini semalam 7 September 2024, disebabkan lemas.

[VIDEO] Pearly-Thinaah rangkul kejuaraan Terbuka Hong Kong

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah akhirnya menamatkan kemarau penantian kejuaraan dua tahun selepas mendominasi perlawanan final Terbuka Hong Kong selepas menundukkan wakil China Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan keputusan 21-14, 21-14, sebentar tadi.

[VIDEO] Pintu sempadan negara sesak, orang ramai ambil peluang cuti ke Thailand

Dua pintu sempadan negara di negeri Kedah mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan jumlah kenderaan dari negara ini yang hendak memasuki Thailand sempena cuti sekolah.

[VIDEO] Taufan Yagi mencetuskan banjir dibeberapa tempat utara Thailand

Pada 10 September, hujan lebat yang disebabkan oleh Taufan Tropika Yagi, ditambah pula dengan hujan berterusan sejak 8 September, menyebabkan banjir di Daerah Mae Sai, Wilayah Chiang Rai, utara Thailand.

[VIDEO] Tiga individu cedera akibat diserang memerang di Kota Kinabalu

Dua wanita masing-masing berusia 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berumur 56 tahun mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan memerang semasa melakukan aktiviti rekreasi di Tanjung Aru Perdana Park pada 11 September 2024..

[VIDEO] Raja Petra meninggal dunia pada usia 74 tahun

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

[VIDEO] Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk mengambil serius berkenaan pengetahuan penjagaan kesihatan, terutama berkaitan keburukan pengambilan gula secara berlebihan.

[VIDEO] Jumlah kematian akibat Taufan Yagi di Vietnam meningkat kepada 24 orang

Taufan Yagi dan tanah runtuh serta banjir yang dicetuskannya telah membunuh sekurang-kurangnya 24 orang dan mencederakan 299 lagi di utara Vietnam pada hujung minggu 7 September 2024

Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Teresa Kok – Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, berhubung kenyataannya yang mendakwa pensijilan halal berpotensi menambah beban para peniaga dan memalukan negara.

[VIDEO] PRK Mahkota model kempen jentera Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah penting kerana bakal menjadi model dan formula kepada kempen jentera Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya akan datang, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

[VIDEO] Lemas jadi punca bayi lapan bulan maut – Polis

Polis hari ini mengesahkan kematian bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Taman Kelemak Utama di sini semalam 7 September 2024, disebabkan lemas.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: