GAYA HIDUPPengguna Huawei masih dibenarkan menggunakan perisian Google

Pengguna Huawei masih dibenarkan menggunakan perisian Google

Pengguna Huawei masih boleh menggunakan perisian Android dan Google.

Ia disahkan Android melalui satu kenyataan di Twitter, memaklumkan tiada sekatan dikenakan ke atas pengguna Huawei sedia ada.

Bagaimanapun, tiada kenyataan dikeluarkan mengenai kerjasama di antara kedua-dua syarikat itu di masa depan.

Sebelum ini, agensi berita BBC melaporkan Google menyekat Huawei daripada menggunakan perisian Google Play, Gmail, YouTube, Maps dan kesemua aplikasi yang bergantung kepada Google Play.

Sekatan Google ke atas Huawei dipercayai ada kaitan dengan ‘perang dagang’ antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Ia susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meletakkan Huawei sebagai syarikat senarai hitam untuk dagangan negara mereka, minggu lalu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Bagaimana Malaysia dan Thailand tangani kos sara hidup pada 2026?

Retorik perang Iran: Mengapa strategi Trump bakal menjadi bencana

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami