BERITAKerana cemburu, kekasih dibunuh dan mayat di letak dalam kotak

Kerana cemburu, kekasih dibunuh dan mayat di letak dalam kotak

Dipercayai kerana cemburu, seorang lelaki bertindak memukul kekasihnya dengan getah paip hingga mati sebelum membuang mayatnya.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembuat gigi palsu berumur 35 tahun kemudiannya memasukkan mayat mangsa yang dibaluti dengan kain kanvas ke dalam sebuah kotak dan ditinggalkan di premis perniagaannya.

Perbuatan lelaki berkenaan akhirnya dibongkar sepasukan polis D7 Johor Bahru yang menjalankan siasatan selepas menerima laporan kehilangan mangsa.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudidn Md Din berkata, hasil siasatan polis menahan suspek dan rakannya yang kemudianya membawa polis ke tempat mayat mangsa dibuang di Simpang Jalan Setia, Taman Setia Indah, kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Polis turut merampas tiga buah telefon bombit.

Katanya, hasil soal siasat suspek mengaku telah bercinta dengan mangsa lapan tahun lalu sebelum bertindak membunuh kekasihnya yang berumur 33 tahun itu kerana cemburu.

Polis menahan suspek dan seorang lagi rakannya yang berumur 32 tahun yang mengaku membantu suspek membuang mayat mangsa.

Ujian dadah juga mendapati, kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

https://pakdin.my/tag/jenayah

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami