UtamaNASIONALLelaki mengaku bersalah hina...

Lelaki mengaku bersalah hina Nabi Muhammad, Hadi Awang - pakdin.my

Seorang lelaki yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menghina Nabi Muhammad SAW, agama Islam dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di laman sosial Facebook, menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Danny Antoni, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy semasa sebutan semula kes itu hari ini dan mahkamah menetapkan 17 Julai untuk menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh.

Mengikut pertuduhan pertama, Danny didakwa telah memuat naik satu hantaran menghina Nabi Muhammad SAW dan  agama Islam yang mungkin boleh menyebabkan suasana tidak harmoni antara penganut Islam dan bukan Islam menggunakan laman profil ‘Danny A’antonio Jr’ dengan pada 1.21 pagi, 9 Jan lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan niat sama pada tempat dan masa serupa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, di sini, pada 10 pagi, 4 Mac lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyaraf Md Kamal memohon hukuman berat mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan tertuduh kerana telah menjejaskan keharmonian negara.

“Tertuduh telah melakukan kesalahan serius dengan menggunakan ayat-ayat yang kasar dan kesat serta secara terang-terangan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

“Ayat-ayat yang digunakan oleh tertuduh berbentuk provokasi secara khususnya ditujukan kepada umat Islam sekaligus telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Danny yang diwakili peguam P.Rajsurian memohon hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh anak guamnya ditangkap dan mengambil kira tertuduh penanggung tunggal keluarga.

“Anak guam saya telah insaf dan menyesal dengan kesalahan yang telah dilakukannya. Anak guam saya juga memohon maaf kepada mahkamah,” kata peguam itu. — Bernama

https://pakdin.my/tag/hina-agama

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...