Non Muslim Menilai Pendidikan Islam? - pakdin.my

1. Ada yang bertanyakan kepada saya tentang tindakan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching (DAP) yang mempelawa semua pihak termasuk non Muslim untuk menilai isu-isu berkaitan Pendidikan Islam di sekolah.

2. Menurut kiriman Teo Nie Ching, satu pasukan khas ditubuhkan bagi meneliti isu-isu yang melibatkan Pendidikan Islam di sekolah-sekolah. Kiriman ini bagaimanapun telah pun dipadam rentetan persoalan yang ditimbulkan oleh masyarakat.

3. Sehingga kini, Menteri Pendidikan Maszlee Malik masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan. Pada saya, dalam keadaan yang sebegini, kita seharusnya menunggu kenyataan dari Maszlee sendiri.

4. Isu sebegini harus diperhalusi dengan betul. Jangan sampai rakyat terus melihat isu-isu yang melibatkan Islam mendapat campur tangan dari pelbagai pihak sehingga mereka merasakan Islam semakin ditindas seperti yang pernah disuarakan oleh Mufti Perlis dahulu.

5. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya yang mempertahankan Islam itu hanyalah kaum Muslimin. Tidak pernah lagi berlaku dalam sejarah, non Muslim memperjuang atau mempertahankan Islam bagi meletakkan kalimah Allah sebagai perlembagaan yang tertinggi.

Semoga Allah memelihara Islam dan kaum Muslim.

p/s Sekiranya Tuan-puan mempunyai cadangan tentang penubuhan Unit Khas ini, boleh dimaklumkan terus kepada soal selidik yang dijalankan oleh pihak Kementerian:

https://www.moe.gov.my/index.php/en/pemberitahuan/announcement/5434-kajian-tinjauan-dalam-talian-oleh-pasukan-petugas-khas-pendidikan-islam-ppki-di-bawah-majlis-penasihat-pendidikan-kebangsaan-mppk

Sumber berita: https://newmalaysianpost.com/2019/06/17/pasukan-khas-teliti-subjek-pendidikan-islam-motif-nie-ching-dipersoal/?fbclid=IwAR3EbljiuteD2PUfrRhyTT8vAmvHclVkIIrth6x6qtUy_zkbqS3xVpH9TM4

Oleh: Dr Ahmad Sanusi

Link berkenaan (telah didelete) : https://www.facebook.com/158435150866099/posts/2361802323862693/

UTAMAPOLITIKNon Muslim Menilai Pendidikan Islam?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium