Kunjung lebih 60 kali, Sarawak mahu Najib kembali, kata Nancy - pakdin.my

Datuk Seri Nancy Shukri mendakwa rakyat Sarawak mahu Datuk Seri Najib Razak kembali menjadi perdana menteri.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Najib tahu keperluan rakyat Sarawak semasa memegang jawatan tertinggi kerajaan.

“Jika kita bercakap dengan orang Sarawak, mereka mahu Najib kembali kerana beliau pergi ke semua kawasan pedalaman.

“Saya bukan menjulang tetapi beliau tahu keperluan Sarawak. Beliau ke Sarawak lebih daripada 60 kali dan cuba memudahkan kehidupan kami.

“Sekarang kami hanya ada satu menteri dan seorang timbalan menteri dari Sarawak. Mereka sajalah wakil kami dari Sarawak,” katanya.

Ahli parlimen Batang Sadong berkata demikian dalam satu forum yang dianjurkan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) hari ini.

UTAMABERITAKunjung lebih 60 kali, Sarawak mahu Najib kembali, kata Nancy

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium