UtamaNASIONALSukar dapat Grab; kekurangan...

Sukar dapat Grab; kekurangan pemandu kerana pemandu perlu mendapatkan lesen PSV dan permit - pakdin.my

Ramai pengguna perkhidmatan e-hailing terpaksa mencari pengangkutan alternatif hari ini, apabila terpaksa menunggu lebih sejam untuk mendapatkan perkhidmatan itu.

Ia berikutan pelaksanaan peraturan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) dalam perkhidmatan e-hailing yang berkuat kuasa hari ini.

Ramai pengguna terpaksa beralih kepada perkhidmatan lain seperti teksi, bas dan pengangkutan tren selepas terpaksa menunggu lama.

Pengumuman Menteri Pengangkutan Anthony Loke petang ini bahawa peraturan tersebut akan ditangguhkan tiga bulan lagi telah melegakan para pengguna.

Loke berkata keputusan itu diambil berikutan ramai pemandu e-hailing sedang menjalani proses mendapatkan PSV dan Permit Kenderaan E-hailing (eVP).

Peraturan baharu itu juga memberikan kadar komisen yang lebih tinggi terhadap pemandu e-hailing iaitu sehingga maksimum 20 peratus, dan pemandu teksi yang beroperasi melalui aplikasi e-hailing pada kadar maksimum 10 peratus.

Meskipun Grab menerusi laman webnya pada Khamis telah memberi peringatan mengenai akan wujudnya kekurangan perkhidmatan pemandunya, tinjauan Bernama di sekitar ibukota mendapati ramai pengguna masih memilih untuk menggunakan perkhidmatan tersebut walaupun terpaksa menunggu begitu lama.

Selain tambang perjalanan yang meningkat contohnya pada kebiasaan tambang dari Wisma Bernama ke Suria KLCC adalah dalam lingkungan RM5 ke RM7, namun hari ini meningkat kepada RM9 hingga RM11, dan di waktu puncak boleh mencapai kepada RM17.

Pelajar Universiti Sains Malaysia, Muhammad Amir Aiman, 22, berkata beliau agak terkejut dengan kenaikkan tambang Grab yang mendadak hari ini.

“Harga sangat berbeza, hampir 50 peratus peningkatan, memang mahal. Kebiasaannya dari rumah ke Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan hanya RM11 atau masa ‘peak hour’ (waktu puncak) dalam RM15, tetapi hari ini lebih RM20,” katanya.

Sementara jurujual, Nur Atiqah Romli, 24, berkata gara-gara gagal mendapat perkhidmatan Grab beliau nyaris lambat ke tempat kerjanya.

“Setiap hari saya akan keluar rumah untuk pergi bekerja pada jam 9 pagi dan sampai ke tempat kerja kira-kira jam 9.15 pagi. Tetapi hari ini lewat dari kebiasaannya kerana gagal mendapatkan Grab. Lebih 30 minit baru dapat Grab. Nasiblah sempat,” katanya.

Sementara itu, pemandu Grab yang hanya mahu kenali sebagai Zakir, 40-an berkata pelaksanaan peraturan baharu itu agak menyusahkan mereka.

“Bagi mendapatkan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) kami perlu menjalankan pemeriksaan kesihatan, kursus selama enam jam dan ujian.

“Tidak semua yang membawa Grab ini pandai Saya pilih bawa Grab kerana gagal mendapatkan kerja yang baik kerana tidak mempunyai kelulusan, bawa Grab tidak perlukan semua itu,” katanya.

Berbeza pula dengan Lai Koh Heng, 40-an, yang menyambut baik pelaksanaan peraturan baharu itu dan menyifatkan ia sebagai sebahagian daripada kewajipan tugasnya sebagai pemandu Grab.

“Ia macam kita buat perniagaan, apa perniagaan yang kita buat kita perlu melabur dari segi kewangan dan masa.

“Ujian itu tidak sepatutnya menjadi masalah jika kita membuat ulang kaji dan memahami peraturan sebaiknya…pemeriksaan kesihatan itu juga tidak menyusahkan hanya pemeriksaan asas sahaja,” katanya. — Bernama

https://pakdin.my/tag/grab

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...