Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKHad umur belia: Ada...

Had umur belia: Ada menteri merengek dengan PM – Ketua Armada Johor - pakdin.my

Hentikan sikap mengadu domba atau ‘merengek’

Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Johor, Norul Haszarul Abu Samah menyokong keputusan kerajaan negeri itu dalam mengekalkan had umur maksimum belia kepada 40 tahun.

Haszarul menjelaskan, rakyat Johor mempunyai citra tersendiri dalam menentukan hala tuju dan tidak perlu mengikut budaya dan kaedah pihak lain.

“Ini adalah satu peringatan buat mana-mana kementerian agar tidak terburu-buru dalam membuat keputusan dan hendaklah sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka, mendengar pandangan dan cadangan semua pemegang taruh terutama anak muda di peringkat akar umbi.

“Pihak yang terbabit seharusnya menyedari kesilapan beliau apatah lagi 7 buah negeri setakat ini telah menolak usul berkaitan had usia belia,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.

Kenyataan Haszarul itu dipercayai ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan yang juga merupakan Ketua Pemuda Bersatu (Armada), Syed Saddiq Abdul Rahman.

Pada 1 Julai lalu, Syed Saddiq membentangkan rang undang-undang (RUU) untuk mendefinisikan semula istilah ‘belia’ sebagai golongan berumur di bawah 30 tahun melalui pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 bagi bacaan pertama di Dewan Rakyat.

Setelah membuat pusingan U beberapa kali berhubung isu itu, kerajaan Johor akhirnya mengambil pendirian menolak cadangan itu dan mahu mengekalkan umur 40 tahun sebagai had usia belia.

Selain Johor, negeri lain yang turut mengekalkan 40 tahun sebagai had usia belia ialah Sarawak, Selangor, Perlis, Pahang, Kelantan dan Kedah.

Haszarul dalam kenyataannya turut mengingatkan agar menteri yang dimaksudkannya tidak “mencampuri urusan negeri Johor”.

“Tambahan pula, penolakan had umur belia bukan satu sentimen politik tetapi bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 sepertimana kenyataan Menteri Besar Johor.

“Tumpukan perhatian anda pada kementerian yang anda terajui serta serahkan urusan negeri Johor kepada pihak-pihak yang lebih arif akan hal ehwal negeri ini.

“Ingatlah, bahawa Johor akan selamanya menjadi Johor,” katanya.

Dalam kenyataan sama, tanpa menyebutkan nama tertentu berkata, “Tambahan pula, penolakan had umur belia bukan satu sentimen politik tetapi bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 sepertimana kenyataan Menteri Besar Johor.

“Tumpukan perhatian anda pada kementerian yang anda terajui serta serahkan urusan negeri Johor kepada pihak-pihak yang lebih arif akan hal ehwal negeri ini.

“Ingatlah, bahawa Johor akan selamanya menjadi Johor,” katanya.

Dalam kenyataan sama, tanpa menyebutkan nama tertentu berkata, Haszarul mengingatkan “menteri berkenaan” berhenti meminta bantuan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya gagal menjalankan tugas.

“Saya juga menyeru kepada menteri berkenaan menghentikan sikap mengadu domba atau ‘merengek’ meminta bantuan perdana menteri dan presiden parti setiap kali gagal dengan tugasannya.

“Individu – individu tersebut pastinya mempunyai keutamaan lain yang lebih besar terhadap negara berbanding melayani agenda peribadi anda,” katanya.

Pada 11 Julai lalu, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan mengkaji sama ada wujud campur tangan dari istana Johor berhubung isu had umur belia yang menyaksikan kerajaan negeri membuat dua pusingan U beberapa hari lalu.

Menurut Dr Mahathir Mohamad, kerajaan akan melihat sama ada alasan yang diberikan di sebalik keputusan tersebut boleh diterima atau sebaliknya.

Sementara Muhyiddin, sehari sebelum itu berkata, kerajaan berharap pihak istana tidak campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Johor. – MalaysiaGazette

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Melacurkan diri: Ibu tunggal didenda RM2,500

Rozita dan Nurul Aniza diikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April serta 28 Jun untuk sebutan semula. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162664

Tiga orang ditembak mati

Polis berkata lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan secara rambang kawasan itu, menyebabkan dua orang maut dan dua lagi cedera, sebelum berlindung di sebuah rumah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162654

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501