UtamaNASIONALDr Mahathir Minta Parti...

Dr Mahathir Minta Parti Komponen BN Lebih Cergas, Turun Padang Bantu Rakyat - pakdin.my

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan sesetengah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang nampaknya tidak begitu bermaya sejak kebelakangan ini supaya cergas semula dan turun ke padang untuk menghadapi dan membantu rakyat.

Tanpa menamakan mereka, beliau berkata parti-parti itu harus meyakinkan diri bahawa mereka mempunyai kemungkinan akan terus berjaya supaya BN akan menjadi suatu ‘formidable force’ atau kuasa yang kuat bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang.

“Kalau ada sesuatu yang tidak disenangi oleh rakyat, ambil tahu, turun ke padang… dan kalau kita boleh bantu, kita bantu,” kata beliau apabila memberi pendapat dalam rancangan ‘Bicara Negarawan’ terbitan RTM pada Jumaat.

Anggota panel dalam rancangan khas itu yang diatur oleh Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan terdiri daripada Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Jeniri Amir, Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan Melayu Datuk Zaini Hassan dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong.

Dr Mahathir juga meminta kepimpinan dan anggota parti komponen BN supaya menitikberatkan kerjasama antara kaum.

“Kita harus ingat kepada diri kita bahawa selama 54 tahun kebelakangan ini, kita bekerjasama melalui kerajaan campuran dan kerajaan campuran inilah yang membawa kepada kejayaan Malaysia yang jauh lebih daripada kerajaan-kerajaan yang lain.

“Sebab itu kita harus tidak menolak sistem yang memberi nikmat banyak kepada kita untuk memilih sesuatu yang kita belum tahu. Ini seperti dalam pepatah bahasa Inggeris ‘It’s better to choose the devil you know than the angel that you don’t know’.

“Kononnya kalau kita kata tukar macam ini, kita akan jadi lebih maju. Tapi saya nampak keadaan sekarang (di sesetengah tempat) sudah tak maju kerana sudah ada pertukaran dari segi pemikiran bahawa kita harus bebas, kita harus tegur, kita harus mengadakan demonstrasi.

Apakah ini akan dapat menjayakan negara kita ini ataupun konsep kerjasama antara kaum yang di bawah Parti Perikatan dahulu dan sekarang Barisan Nasional?,” tanya beliau.

Dr Mahathir juga menasihatkan parti komponen BN yang ingin mengatasi masalah rakyat supaya tidak bertindak dengan cara memenuhi apa saja yang diminta oleh puak ekstremis tetapi sebaliknya, kalau perlu, mereka harus menjawab kepada puak tersebut.

“Kalau kita cuma kata kita tidak boleh nak lawan dengan puak ekstremis, maka kita akan kalah pada peringkat awal-awal lagi,” kata beliau.

Apabila ditanya tentang masa depan Malaysia, Dr Mahathir berkata sama ada ia akan menjadi cerah atau gelap bergantung kepada rakyat dalam memilih kerajaan yang benar-benar boleh mentadbir negara dengan baik.

“Seperti pepatah Bahasa Inggeris — you get the government that you deserve, kalau kita salah pilih, maka kita akan dapat kerajaan yang akan merosakkan negara kita.

“Justeru itu rakyat mesti bijak memilih dan ini bermakna menggunakan akal fikiran dan bukan emosi. Kalau kita beremosi dan benci kepada itu dan ini tanpa sebab, dan dengan itu kita pilih kerajaan dengan orang yang tidak layak jadi kerajaan, terimalah padahnya,” kata Dr Mahathir.

Bekas Perdana Menteri berkata sekiranya rakyat bijak dan memilih orang yang mampu untuk mentadbir dengan baik, “Alhamdulilah kita akan lihat negara kita ini mempunyai masa depan yang cerah.”

Dr Mahathir juga berpendapat bukan mudah mentadbirkan sesebuah negara yang berbilang kaum dan ia berbeza dengan negara yang mempunyai hanya satu etnik saja kerana adanya tuntutan-tuntutan masing-masing daripada kaum yang berbeza.

“Di Malaysia, untuk menentukan keadaan jadi aman, tiap satu kaum harus menerima hakikat bahawa tidak 100 peratus tuntutan akan dilayan.

Justeru itu, maka kaum di Malaysia mesti terima mereka akan hanya menerima separuh tuntutan mereka. Kalau mereka faham itu dan dahulunya mereka faham itu, maka negara kita menjadi aman dan dalam keamanan itu, kita dapat membangunkan ekonomi dan mereka lebih dapat banyak nikmat.”

Apabila ditanya sama ada tindakan ‘affirmative’ menerusi Gagasan 1Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mengatasi permintaan daripada puak yang agak ekstrim, Dr Mahathir berkata beliau percaya ia mungkin berjaya menerusi tindakan dan penjelasan yang waras dan baik serta berlandas kepada logik.

“Saya yakin majoriti daripada rakyat Malaysia tidak hendak bermusuh sesama mereka. Mereka nak hidup rukun damai. Jadi apabila dijelaskan kepada mereka (majoriti), maka timbullah keberanian mereka untuk menentang puak ekstremis.

Tetapi kalau tidak dijelaskan kepada mereka (majoriti) dan mereka tidak tahu hendak menjawab puak ekstremis, maka puak ekstremis akan mengatasi puak-puak yang lain,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir berpendapat bahawa puak ekstremis atau tidak bertanggungjawab wujud dalam mana-mana kaum dan mereka biasanya akan membuat tuntutan yang bukan-bukan untuk menguntungkan kaum mereka saja.

“Pihak yang lain atau lebih sederhana dalam pendirian mereka tidak berani menentang puak ekstremis ini kerana kalau menentang mereka akan dituduh sebagai tidak setia kepada kaum mereka dan sebagainya.

“Ketiga-tiga kaum (di dalam negara) mempunyai puak ekstremis ini dan apabila puak ekstremis ini dibenarkan menyuarakan pendapat mereka… yang lain akan tidak menegur atau menghalang, maka pendapat ini akan merebak dan tentulah keadaan akan menjadi buruk dari segi hubungan antara kaum,” katanya.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...