[Video] Penduduk dikejutkan dengan kehadiran Harimau belang

PENDUDUK Kampung Besol, Bukit Besi dekat Dungun, hari ini dikejutkan dengan kehadiran seekor harimau belang di kawasan kediaman mereka.

Penduduk yang memaklumkan mereka terserempak haiwan itu di kawasan hutan di kampung berkenaan kira-kira jam 10 pagi.

Kemudiannya harimau itu muncul beberapa kali berdekatan dengan kawasan kediaman penduduk.

Ini kali pertama haiwan itu muncul berhampiran hutan sebelum kembali ke habitatnya selepas terserempak dengan penduduk.

Harimau itu juga dikatakan muncul berhampiran rumah seorang wanita dan penghuninya menyedari kehadiran selepas mendengar harimau itu mengaum.

Suri rumah berusia 40-an itu segera melarikan diri bagi mendapatkan bantuan jiran kerana bimbang diserang.

Penduduk juga sempat merakam gambar dan video ketika haiwan itu muncul dan berkeliaran berhampiran sebuah kereta serta jalan kampung berkenaan.

Harimau itu kelihatan seperti jinak dan tidak lari apabila didekati beberapa penduduk yang mengambil gambarnya.

Setakat ini, ia tidak menyerang penduduk atau ternakan.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu telah dihubungi bagi menangkap segera harimau itu.

Tidak dapat dipastikan haiwan berkenaan sesat dari hutan simpan berdekatan atau sebaliknya.

Ada penduduk mendakwa melihat terdapat dua ekor harimau di kawasan berhampiran tetapi tidak dapat dipastikan lagi kesahihannya.

Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Terengganu Dr Abdul Malik Mohd Yusuf ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kehadiran haiwan itu dan pihaknya sedang mengesannya.

“Buat masa ini, kita sedang berusaha untuk menangkap harimau belang itu dan kita juga belum dapat mengenal pasti dari mana harimau belang itu datang.

“Kita juga tidak dapat mengesahkan sama ada ia jinak atau sebaliknya,” katanya.

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/KNow7iqhyfI

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...