BERITAPeguam sahkan Sultan Kelantan bercerai talak tiga

Peguam sahkan Sultan Kelantan bercerai talak tiga

Peguam Sultan Kelantan mengesahkan Sultan Muhammad V bercerai dengan Rihana Oxana Gorbatenko.

Eversheds Harry Elias dalam satu kenyataan hari ini berkata baginda sah bercerai dengan bekas ratu cantik Rusia pada bulan lepas.

“Dimaklumkan baginda bercerai talak tiga dengan Rihana pada 22 Jun 2019 menurut undang-udang Syariah.

“Mahkamah Syariah Kelantan sudah mengeluarkan sijil cerai pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002.

“Bagi pihak tuanku, kami meminta ruang privasi baginda dihormati,” katanya.

Baginda dan Rihana dilapor diijabkabul dalam satu majlis perkahwinan di Moscow pada November lepas.

Rihana melalui coretan Instagram mendakwa melahirkan putera baginda Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei lalu.

Rihana Oksana dicerai talak tiga?
https://pakdin.my/rihana-oksana-dicerai-talak-tiga/

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami