BERITA Restoran hidang ayam 'berulat' di Teluk Kemang diarah tutup

[Video] Restoran hidang ayam ‘berulat’ di Teluk Kemang diarah tutup

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengarahkan sebuah restoran di Teluk Kemang ditutup selama dua minggu bermula hari ini berikutan pelanggan menemui ulat dalam hidangan daging ayam.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Zainudin Mohd Ali berkata arahan itu dikeluarkan selepas pemeriksaan mendapati ia juga beroperasi dalam keadaan kotor.

“Pemeriksaan mendapati tahap kebersihan sebanyak 62 peratus dan premis berkenaan diarah tutup selama dua minggu di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

“Selain itu, sebanyak empat notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM),” katanya dalam kenyataan di sini.

Hari ini tular di laman Facebook mengenai kejadian seorang pelanggan mengamuk di sebuah restoran berikutan ayam yang dimakan itu sudah berulat. – BERNAMA

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/ji0FuAEJlBM

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami