Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALKes Liwat Anwar -...

Kes Liwat Anwar – Pakar asing tidak nafikan DNA Lelaki Y - pakdin.my

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Walaupun mendakwa kaedah yang digunakan oleh pakar kimia tempatan dalam mendapatkan asid deoksiribonukleik (DNA) adalah tidak tepat, seorang perunding sistem genetik molekular di Australia hari ini tidak menafikan bahawa DNA Lelaki Y wujud pada sampel yang diambil dari rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

DNA Lelaki Y sebelum ini telah dikenal pasti serupa dengan DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu.

Dr. Brian McDonald menyatakan demikian semasa menjawab soalan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden pada prosiding pembelaan terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Mahkamah Tinggi di sini.

Sebelum memberikan jawapan sedemikian, McDonald dilihat menjadi begitu defensif dari awal perbicaraan sehingga pada satu ketika ‘meluahkan perasaannya’ dengan mendakwa Mohd. Yusof cuba memutar-belitkan keterangannya dan keterangan-keterangan lain serta bukti-bukti yang telah dikemukakan.

Terdahulu, saksi pembelaan keempat itu ketika disoal mengenai degradasi sampel-sampel terutamanya berkaitan calitan-calitan putik kapas yang dibuat di bahagian rektum bekas pembantu peribadi Anwar itu menyatakan, adalah mudah untuk mengesan degradasi melalui analisis ujian elektroferograf.

Beliau turut mendakwa bahawa Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong mengelak daripada menjawab soalan-soalan berhubung perkara tersebut apabila disoal oleh pihak pembelaan.

Lay Hong dalam keterangannya pada peringkat pendakwaan sebelum ini menyatakan bahawa terdapat kemungkinan berlakunya degradasi tetapi ia tidak begitu serius sehingga boleh merosakkan atau memusnahkan DNA pada sampel-sampel terbabit.

Bagaimanapun, McDonald ketika ditanya berdasarkan nota keterangan prosiding pakar kimia itu sebelum ini, adakah pihak pembelaan sendiri pernah menunjukkan sebarang bukti berhubung degradasi pada graf, kembali menyatakan bahawa Mohd. Yusof cuba memutar-belitkan keterangan.

Selain itu, saksi tersebut yang sebelum ini mempersoalkan mengenai proses pengasingan ekstrak DNA memaklumkan bahawa beliau ‘pernah melakukannya tetapi bukan secara rutin’.

Sebaliknya, beliau lebih kepada mengawasi dan menyelia mereka yang melakukan proses tersebut sebelum tafsiran dibuat olehnya terhadap hasil ujian yang dijalankan.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Perbicaraan bersambung esok dengan pemeriksaan semula ke atas McDonald oleh pihak pembelaan.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883