UtamaNASIONALTemenggong Kanang Dianugerah Gelaran...

Temenggong Kanang Dianugerah Gelaran Datuk - pakdin.my

BANGGA.... PW 1 (B) Temenggong Kanang anak Langkau (depan) bersama barisan pahlawan tentera vateren Sarawak yang telah menerima Panglima Gagah Berani (P.G.B) diberi penghargaan sempena istiadat sambutan Hari Pahlawan di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuching, Ahad. Kanang yang dilahirkan pada 1945 dan menyertai 'Sarawak Rangers' sebagai 'Iban Trackers' pada 21 April 1962 itu merupakan satu-satunya penerima anugerah Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) iaitu anugerah tertinggi persekutuan dan keberanian di dalam negara yang masih hidup hingga sekarang

Temenggong Kanang anak Langkau, 67 tahun, merupakan antara mereka yang menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak “Panglima Gemilang Bintang Kenyalang” yang membawa gelaran “Datuk” daripada Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hari ini.

Kanang berkata penganugerahan itu merupakan satu penghormatan kepada seorang pegawai rendah tentera sepertinya.

“Ia bukannya satu penganugerahan untuk diri sendiri sebaliknya untuk seluruh pegawai rendah seperti saya yang sanggup berjuang dan berkorban untuk negara,” katanya ketika ditemui Bernama selepas istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran sempena sambutan ulang tahun ke-90 Yang Dipertua Negeri Sarawak di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Kanang berkata beliau terharu dengan pengurniaan itu dan amat berterima kasih kepada kerajaan negeri serta rakan-rakan seperjuangan lain yang telah sama-sama berjuang dan berkorban untuk mempertahankan serta menjaga keselamatan negara.

Kanang, yang menerima pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa daripada Yang di-Pertuan Agong pada Jun 1981, mula berkhidmat dalam Sarawak Ranger sebagai Iban Tracker pada 1962 dan jawatan terakhirnya dalam Angkatan Tentera Malaysia ialah sebagai Pegawai Waran 1 sebelum bersara pada 1986.

Pada istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran itu, Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nasar, yang menerima darjah Bintang Kenyalang Sarawak dengan gelaran “Datuk Amar” mendahului senarai 909 penerima pingat dan darjah kebesaran negeri.

Selain Kanang, turut menerima darjah kebesaran Panglima Gemilang Bintang Kenyalang yang membawa gelaran “Datuk” ialah Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah; Menteri Muda Kemudahan Awam Syelvester Entri Muran; Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Naroden Majais; Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Mong Dagang; ADUN Tarat Roland Sagah Wee Inn; Mej Jen Datuk Mazelan Kasap dan Brig Jen Stephen Mundaw.

Dua orang menerima darjah Jasa Bakti Sarawak yang membawa gelaran “Datu” iaitu Pengarah Perbendaharaan Persekutuan Sarawak Jabidah Monseri dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Mahamed Ali Mohd Sheriff.

Seramai 13 lagi menerima darjah Panglima Setia Bintang Sarawak yang membawa gelaran “Dato” iaitu Hakim Mahkamah Tinggi Rhodzariah Bujang; Rektor Universiti Teknologi Mara Sarawak Prof Dr Jamil Hamali; Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas Mohammad Medan Abdullah; Ketua Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak Datin Janet Lau Ung Mie; pakar bedah kardiotorasik Pusat Perubatan Pakar Normah Dr Liew Wee Lik; Presiden Persatuan Melanau Miri Alexander Maiyor; Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Mohamad Sais Ahmad; Presiden Persatuan Melayu Miri Wan Morshidi Tuanku Abdul Rahman; bekas ADUN Lambir Usop [email protected] Wahap; Ketua Pegawai Eksekutif Sacofa Sdn Bhd Abang Jemat Abang Bujang; bekas Pengarah Penjara Sarawak Abang Talhata Abang Hazemi; ahli perniagaan Koh Yaw Hui dan Datin Rugayah Abdul Majid.

Naib Presiden dan juga Pengarah Urusan Hitachi Global Storage Technologies Seyed Ali Dabier Moghaddam menerima darjah Panglima Setia Bintang Kenyalang Sarawak-Kehormat yang turut membawa kepada gelaran “Dato”.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s