BERITADUNIAChina syak FedEx cabul undang-undang, tolak penghantaran Huawei

China syak FedEx cabul undang-undang, tolak penghantaran Huawei

SHANGHAI – Pihak berkuasa China mengesyaki syarikat penghantaran bungkusan Amerika Syarikat (AS), FedEx Corp. mencabuli undang-undang dengan tidak melakukan penghantaran barangan syarikat teknologi, Huawei, kepada penerima ,lapor agensi media, Xinhua.

Siasatan China ke atas FedEx dilakukan selepas AS meletakkan Huawei dalam ‘senarai entiti’ yang melarang pembekal berpengkalan di AS daripada memberi perkhidmatan kepada syarikat itu.

Para penyiasat mendapati FedEx telah menangguh 100 penghantaran yang mempunyai kaitan dengan Huawei, lapor Xinhua seperti dipetik Reuters.

Pada asalnya, FedEx menyatakan kegagalan penghantaran disebabkan ‘kesilapan operasi’ namun pihak bekuasa mendapati penjelasan tersebut tidak ‘memenuhi realiti’, lapor Xinhua.

“Di tengah-tengah siasatan, petunjuk lain mendapati FedEx telah mencabuli undang-undang dan peraturan,” lapor Xinhua.

FedEx tidak membalas e-mel yang meminta ulasan mengenai perkara tersebut. – Agensi

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Bagaimana Malaysia dan Thailand tangani kos sara hidup pada 2026?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami