UtamaNAJIB RAZAKKes SRC: Shafee berjaya...

Kes SRC: Shafee berjaya ketepi prosiding komital diperoleh AG - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini membenarkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetepikan perintah bagi tindakan menghina mahkamah (komital) yang diperoleh Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung kenyataan media yang dibuat peguam itu mengenai kes Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Mohd Firuz Jaffril membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa permohonan yang difailkan oleh Tommy kurang jelas mengenai dakwaan penghinaan.

Dalam penghakimannya, Mohd Firuz berkata, Peguam Negara selaku pemohon, mesti mengemukakan fakta-fakta yang adil kepada defendan untuk mengetahui apa yang didakwa dan bagi dia membuat permohonan kebenaran atau hujahannya.

Menurut Mohd Firuz dakwaan penghinaan terhadap Shafee tentang “scandalising the court” tidak terdapat dalam permohonan AG.

Sehubungan itu Mahkamah juga mengarahkan Tommy untuk membayar kos RM30,000.

Pada 1 Mac lalu, Mohd Firuz membenarkan permohonan yang dikemukakan Tommy untuk memulakan prosiding komital terhadap Muhammad Shafee secara sebelah pihak (ex-parte).

Peguam Negara berkata Muhammad Shafee adalah seorang peguam bela dan peguam cara, yang mewakili Najib (tertuduh), yang didakwa di Mahkamah Tinggi di sini atas beberapa kesalahan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, pada 7 Februari lalu, selepas selesai prosiding membabitkan tertuduh di Mahkamah Tinggi, defendan diwawancara beberapa wartawan di luar kamar mahkamah dan ia dirakam oleh seorang juruvideo dari Kinitv.com serta disiarkan oleh Kinitv.

Tommy mendakwa defendan mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa kenyataannya yang menyinggung perasaan itu adalah menghina hakim dan boleh menjejaskan pelaksanaan keadilan dan keyakinan orang ramai terhadap sistem keadilan di Malaysia.

Beliau berkata defendan mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa kenyataannya yang menyinggung perasaan itu sudah tentu akan, dengan secara jelas, meletakkan hakim perbicaraan pada satu kedudukan yang memalukan dan mewujudkan satu ketidaktentuan mengenai keadilan dan kesaksamaan keputusan kes jenayah itu.

Beliau mendakwa kata-kata itu dituturkan dengan sengaja oleh defendan dengan niat hendak cuba memberi tekanan dan mempengaruhi keputusan mahkamah dalam kes jenayah itu.

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/9g5oLmnm8RI

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/K_zuEMqPqyw

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/tommy-thomas

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s