Saturday, June 22, 2024
27.7 C
Kuala Lumpur

Peristiwa memberi pengajaran

Malaysia berdepan jerebu bermula hari ini

Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan negara ini bakal berdepan dengan pencemaran udara atau jerebu bermula hari ini berkemungkinan disebabkan oleh kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera, Indonesia.

BACA juga: Malaysia tidak mungkin dilanda jerebu tahun ini. (10/07/2019)
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1744578

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, Sumatera terletak di barat daya Malaysia dan pergerakan angin ke negara ini adalah dari arah tersebut.

Menurutnya, tiupan angin tersebut juga dipengaruhi oleh faktor tekanan angin rendah di Laut China Selatan.

“Setakat ini kita mendapati bahawa beberapa kawasan di Lembah Klang seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah terkesan. Jika dilihat kepada keadaan cuaca pagi tadi ada sedikit jerebu.

“Berdasarkan kepada stesen kami di Petaling Jaya, Subang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Negeri Sembilan di Kuala Pilah menunjukkan kadar ketampakan menurun. Semalam, ada satu titik panas di Pahang,” katanya kepada Sinar Harian.

Bacaan IPU di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat jam 5 petang menunjukkan kadar pencemaran udara di kebanyakan kawasan adalah sederhana.

Menurutnya, berdasarkan laporan, terdapat kira-kira 32 titik panas di Sumatera akibat kebakaran yang bakal mempengaruhi kadar pencemaran udara di Malaysia.
“Saya jangkakan negara kita akan mengalami jerebu bagi tempoh seminggu bermula hari ini.

“Selagi kebakaran tidak berjaya dipadamkan, kita akan terus menerima kesan ini atas beberapa faktor utama iaitu arah tiupan angin,” katanya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar rumah sekiranya kadar pencemaran udara tinggi kerana ia memberi kesan kepada kesihatan.
“Ikuti pengumuman yang dibuat pihak berkaitan perkara ini dari masa ke semasa bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Sementara itu tinjauan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar mendapati indeks pencemaran udara (IPU) di Malaysia setakat jam 5 petang kebanyakan kawasan masih berada pada kadar sederhana.

Hot this week

[VIDEO] MH199 berpatah balik ke Hyderabad susulan masalah enjin

Syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengesahkan penerbangan MH199 dari Hyderabad ke Kuala Lumpur hari ini terpaksa berpatah balik ke Hyderabad.

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Topics

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img