Gaduh pasang khemah di Kuil Kaliamma Bestari Jaya, polis ditetak, orang awam putus tapak tangan - pakdin.my

Anggota polis ditetak manakala orang awam putus sebahagian tapak tangan dalam pergaduhan berparang berikutan isu pemasangan khemas upapara keagamaan di Kuil Kaliamma Bestari Jaya, Sungai Darah, Kuala Selangor malam tadi.

Anggota balai Bestari Jaya, 34 tahun, menerima enam jahitan susulan belakang tapak tangan kirinya cedera ketika beliau cuba meleraikan pergaduhan jam 9.15 malam manakala orang awam itu dirawat di Hospital Sungai Buloh, lapor Berita Harian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor berkata pergaduhan tercetus ketika perarakan Chariot berlangsung sebelum dua kumpulan bertengkar mengenai pemasangan khemah.
“Kita percaya kes ini bermotifkan pergaduhan antara dua geng berpunca daripada rasa tidak puas hati yang timbul berhubung kerja pemasangan khemah,” kata SAC Fadzil Ahmat.  

Membuat siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 kanun sama, beliau berkata 28 suspek ditangkap sejak malam tadi hingga awal pagi ini manakala lima parang dirampas.

“Permohonan reman akan dibuat pagi ini di Mahkamah Majistret Kuala Selangor. Pemburuan baki suspek yang lain kini sedang dijalankan,” katanya.

UTAMABERITAGaduh pasang khemah di Kuil Kaliamma Bestari Jaya, polis ditetak, orang awam...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium