UtamaNAJIB RAZAKPolis nafi lelaki maut...

Polis nafi lelaki maut disebabkan perkauman - pakdin.my

SHAH ALAM – Polis menafikan kes kemalangan yang mengakibatkan seorang lelaki maut akibat bergelut dengan seorang lagi lelaki di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban (PLUS) berhampiran susur Bandar Baru Bangi semalam berpunca daripada isu perkauman.
BACA sini: Murahnya nyawa umat Islam dibunuh kejam di Hari Arafah
https://pakdin.my/dibunuh-kejam-di-hari-arafah/

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kejadian berlaku ekoran perselisihan faham antara suspek dan mangsa selepas berlaku kemalangan kecil berhampiran Plaza Tol Sungai Besi menghala selatan.

Menurutnya, dalam kejadian itu kereta mangsa dipercayai berlanggar dengan bahagian belakang kereta suspek.

“Akibat kejadian itu berlaku kejar-mengejar dan pergaduhan antara suspek dengan si mati yang berumur 29 tahun.

“Beberapa pemandu lain ada berhenti dan mententeramkan mereka sebelum kedua-duanya kembali ke kereta namun simati yang tidak berpuas hati telah keluar dari kereta dengan membawa sebatang kayu besbol dan memukul bahagian hadapan kereta suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan mangsa menyebabkan suspek memandu kereta dalam keadaan tergesa gesa dan terlanggar simati menyebabkannya tersepit di antara kereta dan penghadang jalan.

Katanya, mangsa yang dibawa ke sebuah pusat perubatan swasta dilapor meninggal dunia ketika dirawat.

Dalam pada itu beliau berkata, pasangan suami isteri berusia 40 tahun dan 36 tahun yang ditahan semalam akan direman hingga Sabtu depan bagi membantu siasatan.

“Motif kejadian berpunca daripada isu kemalangan jalan raya dan tiada kena mengena dengan isu perkauman yang tular di media sosial.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, seorang lelaki maut dipercayai akibat bergelut dengan seorang lagi lelaki ekoran perselisihan faham di antara mereka selepas terlibat dengan kemalangan sekitar jam 1.40 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, sekitar jam 3.40 petang pihaknya menerima maklumat dari Hospital Nilai mengenai seorang lelaki yang meninggal dunia.

Menurutnya, siasatan polis mendapati punca kematian mangsa berpunca daripada insiden perselisihan faham semasa kemalangan di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban (PLUS) berhampiran susur Bandar Baru Bangi.

https://pakdin.my/tag/syed-danial

Berkaitan

Baca Juga

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...