BN sudah mula kenal pasti calon PRU13 – Muhyiddin - pakdin.my

Barisan Nasional (BN) sudah mula mengenal pasti calon bagi pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, langkah awal itu bukan bermakna pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat tetapi bagi memastikan calon yang dipilih nanti berkeupayaan dalam semua aspek, termasuk dalam menjayakan pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Muhyiddin berkata, BN akan menggunakan pendekatan baru dalam memilih calon dengan kriteria utamanya ialah bakal calon akan dinilai secara individu dan menyeluruh oleh pucuk pimpinan, selain sumber rasmi dan tidak rasmi.

“BN perlu ubah cara pemilihan calon berdasarkan perubahan landskap politik semasa…tidak boleh secara semberono,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin yang diiringi isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman kini berada di ibu negara Perancis ini untuk lawatan kerja dua hari bagi menghadiri mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (Unesco), yang berakhir hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, antara kriteria pemilihan bakal calon ialah kebolehan, kewibawaan, latar belakang, status pendidikan, kemahiran tertentu yang selari dengan tuntutan semasa, selain prihatin dan faham kehendak rakyat.

Sehubungan itu, beliau berkata, pemilihan bakal calon terdiri daripada golongan muda dan berkelulusan tinggi akan diberikan pertimbangan sewajarnya, namun pengalaman turut diberikan perhatian bagi mewujudkan keseimbangan antara jumlah pemimpin muda dan berpengalaman.

Keutamaan juga diberikan kepada calon pilihan rakyat, katanya

UTAMABERITABN sudah mula kenal pasti calon PRU13 - Muhyiddin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium