BERITAPendakwa Raya Paris buka kertas siasatan jenayah kematian Nora Anne

Pendakwa Raya Paris buka kertas siasatan jenayah kematian Nora Anne

Hilang kepercayaan terhadap pasukan keselamatan dibawah #MalaysiaBaharu?

…………
PARIS – Pejabat pendakwaan di Paris membuka kertas siasatan jenayah terhadap kematian remaja Ireland – Perancis yang ditemukan mati dalam hutan di Malaysia.

Menurut seorang jurucakap, bedah siasat yang dijalankan sudah selesai namun polis Malaysia berkata pasukan forensik masih berusaha untuk menentukan punca kematian Nora Anne Quoirin, 15.
Pada 9 Ogos lalu, pasukan pendakwaan Paris juga membuka kertas siasatan jenayah kes Nora Anne kerana penculikan, kata jurucakap kepada Reuters melalui mesej teks.

Sebelum ini, pendakwa raya Perancis kerap menjalankan siasatan terhadap kes-kes melibatkan warga Perancis di luar negara dan dalam kes tersebut, bapa Nora Anne ialah rakyat negara tersebut.

Nora Anne dilaporkan hilang pada 4 Ogos, sehari selepas tiba bersama keluarganya untuk percutian dua minggu di resort The Dusun di Pantai, Negeri Sembilan.

Serentak itu, pihak berkuasa Malaysia melancarkan operasi mencari dan menyelamat yang secara keseluruhan melibatkan 353 anggota dari PDRM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Komando VAT69, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan sukarelawan.

Mayat remaja itu ditemukan di kawasan lurah, 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarga itu oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat pada jam 1.57 tengah hari Selasa lalu.

Dalam pada itu, Wisma Putra memaklumkan akan membantu dari segi dokumentasi dan bekerjasama dengan kedutaan Ireland bagi menguruskan mayat remaja tersebut.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, setakat ini, kerajaan Malaysia memberikan bantuan melalui pelbagai kementerian dan agensi kepada keluarga remaja itu.

Beliau berkata, wakil polis dari Ireland dan Perancis mendapat kebenaran untuk berada di dalam bilik bedah siasat sebagai pemerhati.

https://pakdin.my/tag/nora-anne

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Anak Bekas Pemimpin Negara Ditahan Kerana Dadah

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami