Mahkamah batal kemenangan Anifah Aman, mungkin PRK Kimanis - pakdin.my

KOTA KINABALU — Mahkamah Pilihan Raya hari ini memutuskan bahawa keputusan pilihan raya umum bagi kerusi parlimen Kimanis lalu adalah terbatal dan tidak sah.

Kerusi diwakili bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman.

Dalam penghakimannya, Hakim Lee Heng Chung mendapati 284 kertas undi tambahan tidak diundi dengan baik hingga mempengaruhi keputusan pilihan raya umum lalu.

Keputusan itu sekaligus menimbulkan kemungkinan pilihan raya kecil Kimanis akan diadakan. Peguam Anifah pula akan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Anifah menang kerusi Kimanis dengan majoriti 156 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Beliau memperoleh 11,942 undi berbanding calon Warisan Karim Bujang dan Jaafar Ismail dari Harapan Rakyat, masing-masing meraih 11,786 undi dan 1,300 undi.

Bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu umum keluar parti pada September tahun lalu.

Sementra itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis hanya akan diadakan sekiranya tiada rayuan atau proses rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Pihak terlibat mempunyai hak untuk merayu dalam tempoh 14 hari berdasarkan keputusan yang dibuat Mahkamah Pilihan Raya Sabah hari ini.

Berdasarkan keputusan tersebut, kerusi Parlimen Kimanis diisytiharkan kosong dan PRK perlulah diadakan.

Di bawah peruntukan undang-undang, SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan dipastikan.

SPR perlu menunggu perakuan keputusan Mahkamah Pilihan Raya atau sehingga tempoh 14 hari untuk rayuan tamat bagi tindakan selanjutnya.

UTAMAPILIHAN RAYAMahkamah batal kemenangan Anifah Aman, mungkin PRK Kimanis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium