BERITALelaki sebabkan kematian Syed Muhammad Danial didakwa esok

Lelaki sebabkan kematian Syed Muhammad Danial didakwa esok

Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir akan didakwa di Mahkamah Kajang esok.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pihaknya mendapat perintah pendakwaan daripada Timbalan Pendakwa Raya terhadap suspek berusia 40 tahun itu.

“Ya, akan didakwa di Mahkamah Kajang esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ringkas dipetik dari Kosmo! Online hari ini.

Mengulas mengenai khabar angin isteri lelaki tersebut ada menghubungi pihak polis memaklumkan Allahyarham Syed Muhammad Danial membawa kenderaan secara berbahaya semasa kejadian, Ab. Rashid menafikan perkara tersebut.

Dalam kejadian pukul 1.40 petang di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan pada 10 Ogos lalu, Syed Muhammad Danial, 29, dilaporkan maut selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu lelaki lain.

Kejadian dikatakan berlaku akibat kemalangan kecil selepas Plaza Tol Sungai Besi dengan kedua-dua kenderaan berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi di mana mangsa dilanggar.

https://pakdin.my/tag/syed-danial

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami