Rogol pembantu rumah: Exco Perak, Paul Yong Choo Kiong mengaku tidak bersalah - pakdin.my

IPOH — Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.

Yong, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan ke atasnya dibaca di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Mengikut pertuduhan yang dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Yong didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, pada 7 Julai, antara 8.15 malam hingga 9.15 malam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar, Ainul Wardah Shahidan dan Naidatul Athirah Azman manakala Yong diwakili peguam Farhan Sapian, Adun Malim Nawar Leong Cheok Keng, Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ram Karpal Singh serta Anggota Parlimen Jelutong RSN Rayer.

Terdahulu, Yong yang berkemeja putih serta sut berwarna kelabu tiba di mahkamah pada pukul 8.57 pagi dengan menaiki kenderaan jenis BMW.

Polis memperketatkan kawalan di sekitar mahkamah bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Sekumpulan penyokong Yong turut dilihat berkumpul di hadapan pintu masuk mahkamah sejak 8.30 pagi selain kira-kira 20 pengamal media yang menanti kehadiran Yong. — Bernama

https://pakdin.my/tag/paul-yong

UTAMABERITARogol pembantu rumah: Exco Perak, Paul Yong Choo Kiong mengaku tidak bersalah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium