Thursday, February 29, 2024

Ahli PKR buat laporan polis gara-gara Tun M sebut ‘pariah’- pakdin.my

Isunya Lynas Corporation tetapi satu laporan polis dibuat kepada Perdana Menteri kerana perkataan ‘pariah’.

Laporan itu pula dibuat oleh beberapa ahli PKR Kapar – sebahagian daripada parti komponen Pakatan Harapan.

Difahamkan, laporan itu dibuat oleh ahli PKR bernama V. Maneyvannan bersama tiga lagi individu lain di Balai Polis Sungai Kapar dekat Klang.

Beliau mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohaamd menggunakan perkataan itu yang didakwa mengguris hati masyarakat India.

Justeru, mereka mahu Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Mereka juga mahu Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan sewajarnya dengan segera.

Menurut Maneyvannan seperti laporan FMT berkata, Mahathir tidak sepatutnya menggunakan perkataan itu.

“Kerana jika beliau berbuat demikian, kumpulan lain akan menggunakannya juga,” katanya yang tahu perkataan itu dalam kamus merujuk kepada golongan dipinggirkan.

Maneyvannan turut mendakwa penggunaan perkataan itu membayangkan Malaysia mengamalkan sistem kasta.

Semalam, Mahathir dilaporkan berkata, Lynas Corporation tidak boleh diminta keluar dari negara ini “seperti pariah” kerana ia akan merosakkan pelaburan masa depan di Malaysia.- MalaysiaGazette

Rujukan:
Lynas tidak boleh dilayan seperti ‘paria’, kata Dr Mahathir
https://pakdin.my/lynas-tidak-boleh-dilayan-seperti-paria-kata-dr-mahathir/

UtamaPOLITIKAhli PKR buat laporan polis gara-gara Tun M sebut ‘pariah’

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR