UtamaEKONOMINCCIM: Peralihan kuasa masih...

NCCIM: Peralihan kuasa masih kabur runsingkan komuniti perniagaan - pakdin.my

Ketika Mustapa meminta para peserta yang merupakan wakil perniagaan mengangkat tangan sekiranya bersetuju dengan kenyataan Cheng Kiat, semua mengangkat tangan tanpa ragu.

Pelan peralihan kuasa di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih belum jelas merunsingkan komuniti perniagaan dan pelabur.

Ini diakui Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), Datuk Tan Cheng Kiat yang mendakwa kebimbangan itu berasas kerana polisi negara pasti akan berubah setiap kali pemimpin bertukar.

“Kita maklum Tun (Mahathir) akan menyerahkan kuasanya kepada Anwar tiba sehingga kini tiada tarikh yang tepat diberikan jadi ia menyukarkan komuniti perniagaan dan pelabur untuk membuat perancangan masa depan.

“Kita tahu setiap kali pemimpin bertukar, polisi negara juga akan berubah. Ini meningkatkan kebimbangan kepada kami,” katanya semasa menjadi panelis dalam sesi Mewujudkan Hubungan Perniagaan dan Kerajaan di Forum Ekonomi Kebangsaan 2019 di sini hari ini.

Sesi dikendalikan oleh Ahli Parlimen Jeli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Bajet, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ketika Mustapa meminta para peserta yang merupakan wakil perniagaan mengangkat tangan sekiranya bersetuju dengan kenyataan Cheng Kiat, semua mengangkat tangan tanpa ragu.

Para panelis yang terdiri daripada Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Malaysia (MAICCI), Datuk N. Gobalanrishnan, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri Lim Kuang Sia turut bersetuju ‘perang politik’ di negara ini adalah keterlaluan sehingga menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

“Kami berharap perang politik di Malaysia dihentikan kerana ianya tidak berkesudahan. Kami komuniti perniagaan amat berharap kerajaan melakukan perubahan untuk membuka jalan kepada kami untuk berniaga,” kata Gobalanrishnan.

Malah Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Tan Sri Ter Leong Yap yang diminta Mustapa naik ke pentas untuk berkongsi pandangannya terhadap isu tersebut memberi contoh apa yang berlaku di Indonesia selepas Pilihan Raya Umum (PEMILU) berakhir beberapa bulan lalu.

Katanya, Presiden Joko Widodo dan pencabarnya, Prabowo Subianto sanggup bertemu dan bersetuju melupakan pertelagahan seterusnya menumpukan kepada pembangunan negara mereka.

“Kita sepatutnya melupakan perbezaan politik dan bekerjasama untuk memberi fokus kepada perkara yang lebih penting.

“Kita boleh tunggu tiga atau empat tahun lagi untuk bercakap soal politik kerana sekarang adalah masanya untuk fokus kepada pertumbuhan ekonomi dan langkah-langkah untuk menyelesaikan pelbagai isu yang masih belum selesai sejak sekian lama.

“Tambahan pula, tekanan luaran seperti perkembangan perlahan ekonomi global dan perang perdagangan menyebabkan pertumbuhan ekonomi dalam negara juga terjejas,” tegasnya.

Forum Ekonomi Kebangsaan 2019 dianjurkan oleh NCCIM. -MalaysiaGazette

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...