UtamaNASIONALTiga bekas tentera kongsi...

Tiga bekas tentera kongsi pengalaman melawan komunis - pakdin.my

Ibarat mati hidup semula! Itulah gambaran yang dikongsikan tiga bekas tentera yang cedera parah akibat pertempuran dengan komunis ketika bertugas menjaga keamanan negara sekitar 1970-an.

Yahya Kamis, 64, yang berkongsi pengalaman itu kepada Bernama berkata dia mengalami kecacatan kekal pada kaki kiri selepas betisnya terkena tembakan, manakala dua rakannya meninggal dunia dalam kejadian serang hendap oleh komunis pada 28 Mac 1979.

Dia yang ketika itu berkhidmat di Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berkata kejadian pada 10 pagi itu berlaku semasa dia bersama lima lagi anggota tentera dalam perjalanan menaiki sebuah trak, dari Pengkalan Hulu ke Bukit Berapit, Perak, untuk menghantar bekalan makanan kepada anggota operasi.

“Dalam perjalanan itu, apabila kami sampai di kawasan Kampung Air Panas, Gerik, secara tiba-tiba kami enam orang diserang hendap oleh komunis, hingga menyebabkan dua rakan saya meninggal dunia di tempat kejadian.

“Waktu itu, anggaran dalam 20 orang komunis menyerang hendap kami. Saya rasa kami saling berbalas tembakan ketika itu dengan pihak komunis berlaku lebih kurang 15 minit, sebelum kereta perisai yang berada di hadapan patah balik memberikan bantuan,” katanya.

Yahya berkata meskipun kaki kirinya sudah tidak kuat dan normal seperti biasa akibat urat putus, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus bertugas sebagai anggota tentera, sebelum bersara pada 1994.

Sementara itu, Othman Shaari, 75, pula berkata dia mengalami kecederaan parah pada bahagian pinggang belakang selepas terkena tembakan komunis yang menyerang trak dinaikinya bersama 13 anggota lain, di kawasan Gubir dekat Sik pada 20 Januari 1976.

Othman yang ketika itu dari Rejimen Askar Wataniah berkata kejadian itu berlaku pada 8.45 pagi, semasa dia bersama rakan lain dalam perjalanan keluar dari Kem Gubir selepas menamatkan operasi selama tiga bulan, mengawal Empangan Gubir.

“Tiba-tiba ketika sampai di satu selekoh kira-kira 700 meter dari Kem Gubir, ada terdengar bunyi tembakan dari atas bukit, rupanya pihak komunis cuba menyerang kami. Saya bersama rakan lain turut berbalas tembakan hingga menyebabkan tiga daripada kami cedera parah termasuk saya,” katanya.

Katanya, tembakan komunis itu menyebabkan peluru terbenam kira-kira enam sentimeter pada bahagian atas buah pinggangnya dan terpaksa bertarung nyawa kira-kira empat jam, sebelum bantuan sampai untuk membawa anggota cedera mendapatkan rawatan di hospital.

“Dua minggu di Hospital Pulau Pinang, baru peluru pada bahagian pinggang belakang saya ini berjaya dibuang. Lebih kurang 45 hari saya terlantar di Hospital Pulau Pinang disebabkan kejadian serangan ini. Kini, kesan daripada tembakan ini, pinggang belakang saya ada kala masih sakit dan kaki kanan saya jadi lembik dan sudah tidak kuat lagi,” katanya.

Berkongsi pengalaman sama, Noor Muhammad Lawamiah, 62, bekas komando tentera kini cacat kaki kanannya akibat terkena jerangkap samar, ketika membuat tinjauan bersama komando lain di kawasan Op Gubir Muda 1 pada 1978.

“Ketika itu adalah pagi Hari Raya pertama dan saya terpijak jerangkap samar hingga kaki kanan hancur dan putus. Saya terpaksa menunggu antara dua hingga tiga jam sebelum bantuan tiba bawa saya keluar dari kawasan tersebut. Tetapi semua ini tidak mematahkan semangat saya untuk bekerja.

“Kami ketika itu bersemangat bekerja untuk negara, utamakan keperluan negara berbanding keperluan sendiri. Kita masuk operasi, fikir masalah negara sahaja…tidak ingat anak isteri dah. Masuk nak cari komunis, cari musuh negara sahaja,” katanya.

Sehubungan itu, sempena Hari Kebangsaan negara pada 31 Ogos ini, ketiga-tiga mereka meminta rakyat Malaysia terutamanya golongan muda menghargai pengorbanan tentera terdahulu, yang sanggup menggadai nyawa bertempur dengan komunis, bagi memastikan keselamatan negara terus terpelihara.

“Hargailah keamanan yang sudah ada di negara ini…jangan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir tidak baik,” kata Noor Muhammad.
— BERNAMA

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...