Pokok ukur lilit dua meter tumbang hempap khemah, dua maut - pakdin.my

BENTONG: Dua maut manakala dua lagi parah apabila pokok berdiameter dua meter menghempap khemah mereka di Lata Hammer di sini malam tadi.

Winnie Tan Gaik Kin dan Chin Kean Hwa, berusia 40 hingga 50 tahun, mati di tempat kejadian manakala Tan Wai Hong, 40-an, cedera kaki, tangan dan dada sementara Leong Yau Lai, 30-an, cedera di kaki kiri dalam kejadian jam 10.

“Pokok berukuran kira-kira 30 meter panjang dengan lilitan diameter dua meter tumbang dan menghempap kumpulan yang mendirikan khemah di kawasan itu,” kata ketua polis daerah Bentong seperti dilapor Harian Metro.

Menyatakan mangsa antara 25 individu yang berkhemah di kawasan perkelahan berkenaan, Sut Yusuf Unis turut berkata cuaca baik ketika kejadian berlaku.

Pegawai perhubungan awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang pula berkata peralatan khas digunakan bagi membawa keluar mangsa yang parah dari ketinggian 60 meter.  

“Anggota kita kemudian meneruskan pencarian sebelum menemui dua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia,” kata Anuar Hassan.

UTAMABERITAPokok ukur lilit dua meter tumbang hempap khemah, dua maut

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium