Dong Zong Johor terima surat pembatalan pendaftaran

KUMPULAN pendidikan Cina Dong Zong memfailkan rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri kerana pembatalan pendaftaran cawangan Johor persatuan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Ahli Jawatankuasa Pusat Dong Zong Low Cheen Chong berkata mereka menerima surat pembatalan pendaftaran yang bertarikh 8 Ogos itu daripada pengarah RoS Johor pada 20 Ogos lalu.

“Menerusi surat itu juga, RoS memaklumkan rayuan boleh dibuat kepada Kementerian Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh surat. Jumaat lalu kita telah serahkan surat kepada Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita berharap dapat berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah pendaftaran persatuan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pada Januari lalu, Dong Zong menerima surat tunjuk sebab daripada RoS Johor kerana perlembagaan mereka bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 kerana terdapat penglibatan guru-guru.

“Dong Zong Johor berbeza dengan Selangor kerana mereka mempunyai sejarah tersendiri kerana ditubuhkan lebih awal iaitu pada 1955 berbanding Akta Pertubuhan pada 1966. Sepanjang beberapa tahun ini tidak ada sebarang masalah yang berlaku.

“Jadi pihak Dong Zong negeri itu telah berjumpa dengan pegawai pendaftaran di Bahagian Pengurusan Pertubuhan.

Pihak RoS mencadangkan supaya persatuan itu membuat pendaftaran di bawah Kementerian Pendidikan kerana ada penglibatan guru. Pada Mac surat telah ditulis dan kementerian berkata ia tidak melibatkan pihaknya dan meminta agar ia dirujuk semula kepada RoS.

Pegawai di jabatan itu secara lisan berkata ia boleh diselesaikan,” katanya.

Katanya, Dong Zong Johor telah berbincang dengan pegawai pendaftar untuk meminda perlembagaan persatuan selaras dengan Akta Pendaftaran.

“Pihak persatuan boleh menukar perlembagaan untuk membuang penglibatan guru. Perundingan berlangsung dengan baik dan lancar.

“Pada Julai lalu juga, RoS berkata pihaknya mahu merujuk perkara tersebut kepada bahagian undang-undang dan dimaklumkan bahawa secara prinsip ia tidak ada sebarang masalah,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...