UtamaPOLITIKBoikotlah telefon bimbit sekali,...

Boikotlah telefon bimbit sekali, sindir Guan Eng - pakdin.my

Betul kata Lim Guan Eng, boikot produk bukan bumiputera. Ada ke bukan bumiputera Malaysia buat telefon bimbit? Kalau ada kami akan boikot 😂 😂 😂

Utamakan barangan dan perkhidmatan bumiputera bukan kata tak boleh beli produk bukan bumiputera.

Lim Guan Eng tiba-tiba jadi sempit fikiran kerana tekanan boikot barangan bukan bumiputera. Kaum dia yang tekan kita, dia pulak yang tertekan.

………………..

KUALA LUMPUR – Kempen memboikot produk bukan bumiputera perlu dihentikan kerana bukan sahaja ia boleh menjejaskan perpaduan nasional malah turut merugikan pengguna.

Ini kerana pengguna tidak boleh membeli barangan yang lebih berkualiti pada harga yang lebih rendah, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, perbuatan memboikot produk bukan bumiputera itu sudah mencapai tahap yang mengganggu sehingga Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri terpaksa memberi komen.

“Kalau begitu (mahu memboikot produk bukan bumiputera), produk-produk luar negara terutamanya telefon bimbit juga sepatutnya diboikot,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kumpulan extremis perkauman dan agama sepatutnya patuh kepada nasihat Perdana Menteri yang mahukan pergerakan yang memboikot produk bukan bumiputera dihentikan, katanya.

Nasihat perdana menteri itu betul menurut Guan Eng kerana kempen yang dijalankan oleh sebahagian golongan yang berfikiran sempit tidak mampu membantu memperbaiki situasi sebaliknya menambah kemarahan sedia ada.

Guan Eng mendakwa, sekiranya Pas dan UMNO tidak menentang orang bukan Islam dan bukan Melayu, kedua-dua parti tersebut sepatutnya mengambil pendirian serupa dengan mengutuk kempen memboikot produk bukan bumiputera.

Tambahnya, rakyat Malaysia sepatutnya mengambil nasihat bekas pemain badminton kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei yang mahukan semua penduduk bersatu dan menentang rasisme dan bertelagah sesama sendiri akibat isu-isu yang tidak penting.

Guan Eng juga berkata, seorang Cina mualaf dan pendakwah mendakwa orang Cina di Malaysia tidak seharusnya berpura-pura mencintai negara ini sekiranya mereka mengundi parti ultra-kiasa atau DAP apabila mereka menyokong pemain-pemain badminton China berbanding pemain tempatan seperti Misbun Sidek atau Chong Wei. – MalaysiaGazette

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi...

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...