[Video] Allahyarham Mejar Zahir Armaya penembak tepat yang terkenal sehingga keluar negara - pakdin.my

Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya disifatkan sebagai seorang yang tidak kedekut ilmu sebagai penembak tepat.

Seorang netizen yang dikenali hanya Tekong Mas berkata, ahli komando itu bukan sahaja mengajar menembak di negara ini sahaja.

“Bukan sekadar dalam negara sahaja beliau mengajar malah dia (Mohd. Zahir) mengajar hingga ke luar negara, dengan membawa nama negara kita Malaysia ke persada dunia,” katanya yang dipercayai pesara tentera dalam media sosial.

Beliau turut memuatnaik video Allahyarham Mohd. Zahir mengajar sekumpulan tentera luar dipercayai dari China cara-cara menembak dan bertempur.

“Jasamu dikenang wahai pahlawan,” katanya.

Terdahulu, beliau juga telah memuatnaik berita portal mengenai kenyataan ayah kepada allahyarham iaitu pelakon AR Badul.

Badul dalam kenyataannya berbangga dengan anaknya dan menganggapnya seorang penembak tepat.- MalaysiaGazette

……………

Allahyarham Mejar Zahir bin Armaya dari 11 RGK (21 GGK) tidak kedekut ilmu menembak nya, bukan sekadar dalam negara sahaja beliau mengajar, malah dia mengajar hingga ke luar negara, dengan membawa nama negara kita Malaysia ke persada dunia.

Innalillahi Wa’innailaihiraji’un..
“Jasa mu di kenang wahai pahlawan.”

AlFatihah .
ﺑِﺴْﻢِ ﭐﻟﻠَّﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣْﻤَـﻦ
ِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢ ﭐﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِّ ﭐﻟْﻌَـﻠَﻤِﻴﻦ۞ ﭐﻟﺮَّﺣْﻤَـﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢ۞ ﻣَـﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﭐﻟﺪِّﻳﻦ۞ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ۞ ﭐﻫْﺪِﻧَﺎ ﭐﻟﺼِّﺮَﻁَ ﭐﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ۞ﺻِﺮَﻁَ ﭐﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ۞ ﻏَﻴْﺮِ ﭐﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﭐﻟﻀَّﺎۤﻟِّﻴﻦَ۞ﺍﻣﻴﻦ

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْن

Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.

‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عنها

Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia.

Takziah utk keluarganya. Semoga diberikan kesabaran yg tinggi…
آمين

UTAMABERITA Allahyarham Mejar Zahir Armaya penembak tepat yang terkenal sehingga keluar negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium