Kes 1MDB: Orang dah meninggal tak boleh cerita apa lagi, betul? Betul, jawab saksi - pakdin.my

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes berprofil tinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bermula dalam keadaan ‘panas’ apabila ketua pasukan peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memulakan sesi soal balas sebentar tadi.

Ini merupakan kes penyewelengan dana bernilai RM2.3 bilion yang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memimpin negara dengan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin di asak dengan beberapa soalan oleh Muhammad Shafee termasuk dakwaan mengaitkan arwah Datuk Azlin Alias.

Azlin merupakan bekas Ketua Setiausaha Sulit (KSS) Najib sebelum maut dalam insiden helikopter terhempas pada 2015, Amhari yang merupakan saksi kelapan dalam kes tersebut bekerja di bawah pemerhatian arwah ketika itu.

Ketika Shafee bertanya tentang mengapa tidak sekalipun beliau terfikir ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low tidak menyerahkan dokumen perbankan yang telah didaftarkan atas nama beliau.

Shafee: Tentang syarikat Aerosphere Ltd.

Amhari: Ini adalah syarikat berkaitan dengan akaun saya dengan BSI Bank. Pada dasarnya itu adalah syarikat (shell) bawah akaun saya.

Shafee: Anda adalah pemegang saham, penandatangan, pemilik akaun yang dibuka di bawah Aerosphere Ltd. Mengapa proses seperti ini? Apabila berdepan dengan, tidak anda tertanya-tanya?

Amhari: Ya, saya juga tertanya-tanya.

Shafee: Tetapi anda tidak pula berbuat apa-apa selain daripada tertanya-tanya bukan?

Amhari: Ya.

Shafee: Tidak curigakah apabila Jho Low tidak berikan apa-apa dokumen berkaitan semasa menguruskan akaun bank anda?

Amhari: Saya hanya ikut arahan dan Jho Low katakan pada saya supaya tidak risau tentang apa-apa.

Shafee: Jadi anda hanya percaya serta bergantung kepada kata-kata Jho Low pada masa itu?

Amhari: Jho Low dan Datuk Azlin.

Shafee: Datuk Azlin tidak ada di sini untuk mempertahankan dirinya, lelaki mati tidak boleh ‘bercerita’ apa-apa. Betul?

Amhari: Ya, betul.

Shafee: Jadi sungguh senang untuk cakap yang telah mati ini telah cakap ini dan itu.

Amhari: Betul.

Pada masa ini, untuk beberapa kali Amhari minta Muhammad Shafee mengulangi soalannya, kali ketiga dalam Bahasa Melayu.

Shafee: Orang yang sudah meninggal tidak boleh bercerita lagi.

Amhari: Benar.

Shafee: Sememangnya senang sekali untuk menyalahkan orang yang telah meninggal kerana pastinya tidak boleh bangkit kembali dari kuburnya.

Amhari: Betul, tetapi jika tanya kepada sesiapa yang mengenalinya, anda akan dapat jawapan sama.

Shafee: Datuk Amhari, ini adalah mahkamah untuk keadilan, ini bukan kedai kopi ya. Jika ada apa-apa bukti, anda kena buktikan dakwaan anda.

Perbicaraan masuk hari ke-lima di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah.

UTAMANAJIB RAZAKKes 1MDB: Orang dah meninggal tak boleh cerita apa lagi, betul? Betul,...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium