[Video] Ruang tangga Dewan Tun Razak PWTC terbakar - pakdin.my

Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berjaya mengawal kebakaran yang berlaku di ruang tangga tingkat 1 Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari, iaitu hari terakhir Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair).

Menurut kenyataan itu, seramai 30 anggota digerakkan ke lokasi kejadian melibatkan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentul, Titiwangsa dan Hang Tuah.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, asap tebal keluar dari bangunan tersebut dan hasil pemeriksaan kebakaran itu melibatkan barang-barang yang disimpan di bawah ruangan tangga di tingkat 1.

“Keluasan kebakaran dianggarkan 10 kaki persegi dan terbakar kira-kira 10 peratus,” kata kenyataan itu.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran.

Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran itu dan punca kejadian masih dalam siasatan.

LIHAT video
https://youtu.be/hpykHxL7yGo

UTAMABERITA Ruang tangga Dewan Tun Razak PWTC terbakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium