UtamaPOLITIK#HPU914: Muafakat Nasional bukan...

#HPU914: Muafakat Nasional bukan fahaman politik - pakdin.my

KUALA LUMPUR – UMNO dan Pas memilih menggunakan terma Muafakat Nasional kerana ia merupakan permuafakatan yang lebih besar daripada sebuah persefahaman politik.

Ia adalah ikhtiar nasional kedua-dua parti untuk menangani pelbagai isu negara rentas politik termasuklah pendirian tentang pelbagai isu kemanusiaan, ekonomi, pendidikan, federalism, isu antarabangsa dan sebagainya.

Tujuannya untuk mencetuskan ‘national discourse’pada skala dan impak yang tidak pernah terlihat sebelum ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia tidak lagi boleh dibiarkan berkisar tentang politik personaliti dan ditentukan hala tujunya oleh hanya seorang Perdana Menteri, sebaliknya memerlukan wacana nasional pelbagai dimensi yang lebih agresif.

Selain itu, sifat persefahaman UMNO dan Pas adalah meraikan perbezaan, ia tidak akan diikat dengan persefahaman yang mengikat dan sempit.

“Ini kerana UMNO tahu Pas memang berbeza dan Pas pun tahu UMNO itu sangat berlainan. UMNO wujud dengan nilai dan ideologinya. Begitu juga Pas dengan kepercayaan dan nilainya.

“Jadi kedua-dua menyedari had dan keterbatasan masing-masing. Cuma kedua-duanya berikhtiar untuk mencari titik temu yang boleh melonjakkan ‘a national solution to a national issue’. Ia tidak seperti perikatan politik yang lain.

“Semuanya terikat dengan keputusan bersama dan segala perbezaan itu, selalu dilihat sebagai melanggar semangat
kerjasama politik. Kerjasama yang terlalu ‘prescriptive’ sifatnya, akan menutup ruang kreativiti, kepelbagaian perspektif dan citra yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Khaled lagi, Muafakat Nasional ini luwes sifatnya kerana bukan hanya eksklusif untuk UMNO dan Pas serta bukan sekadar kesefahaman parti politik.

“Gelarnya pun sudah Muafakat Nasional. Maka ia akan membuka ruang dengan seluas-luasnya kepada pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pelbagai pergerakan madani untuk bersama-sama UMNO dan Pas dalam membangunkan
konsensus nasional dalam pelbagai isu.

“Malah parti dari Sabah dan Sarawak, dan pelbagai pertubuhan sivil sangat dialu-alukan menyertai Muafakat Nasional ini. Jadi kepada sesiapa di luar sana yang melihat kerjasama UMNO dan Pas ini hanya tentang Melayu dan Islam, mereka sangat tersasar,” menurutnya.

Tegas beliau, UMNO dan Pas jauh lebih ‘sophisticated’ dan tidak akan sama sekali terjerumus dalam perangkap kaum dan agama yang digambarkan oleh Pakatan Harapan.

Melalui Muafakat Nasional ini, segala keputusan dasar berdasarkan konsensus mestilah dihormati tetapi pelaksanaan keputusan tersebut terpulanglah kepada kebijaksanaan pelbagai pihak yang terlibat.

Kesimpulannya, kata Khaled, inti pati Muafakat Nasional ini menawarkan perubahan yang drastik
dalam tata kelola politik di negara ini dengan UMNO dan Pas sedang meneroka jalan yang tidak pernah diterokai sebelum ini.

“Kepada semua rakyat Malaysia, berikan kesempatan untuk UMNO dan Pas menterjemahkan kerjasama yang disandarkan kepada Muafakat Nasional ini.

“Jika ia tidak meyakinkan, anda boleh menolaknya dalam pilihanraya akan datang. Tetapi untuk tidak memberikan ia ruang bagi diperkenalkan, dinilai dan diuji, ia adalah petanda bahawa demokrasi Malaysia masih jauh dari dewasa dan berhikmah,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Berkaitan

Baca Juga

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...