BERITAPOLITIKTidak benar Apandi Ali letak jawatan, kata Annuar Musa

Tidak benar Apandi Ali letak jawatan, kata Annuar Musa

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menafikan khabar angin Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah meletakkan jawatan serta merta.

Annuar dalam ciapan di laman Twitter berkata, semakan mendapati tiada sebarang surat peletakan jawatan dan Apandi kini berada di luar negara.

“Apa-apa kekeliruan berbangkit jika ada, akan di perjelaskan secara kenyataan rasmi,” katanya.

Apandi dilaporkan meletakkan jawatan serta merta berikutan langkah pucuk pimpinan parti membatalkan sesi perjumpaan antara Lembaga Disiplin dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami