BERITAIklan Nando’s tiru ungkapan Rosmah, “Can I advise you something?”

Iklan Nando’s tiru ungkapan Rosmah, “Can I advise you something?”

Restoran francais ayam Nando’s nampaknya tidak ketinggalan menggunakannya, sebagai strategi terbaru mempromosikan menunya.

“Boleh saya beri nasihat?! Gandakan menu Chili anda di Nando’s dari 9 hingga 19 Januari,” iklan itu dipetik di laman Facebook.

Hantaran yang dimuat naik semalam mendapat kira-kira 1,300 tanda ‘suka’.

“Terima kasih atas nasihat anda,” catat Nurul Azlina Aman.

“Nakal ya Nando’s,” catat Auq Enelrehs.

“Sayang (darling), kamu pakar ayam, kamu mesti ambil alih,” perlu Jason Leng Kek Mun.

Rabu lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan rakaman perbualan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Rosmah, berbincang tentang penyelesaian skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rosmah dalam perbualan itu ada ketika menggunakan nada tinggi terhadap Najib: “Can I advise you something?”

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kes Renovasi Rumah Peribadi Bekas COO Tabung Haji: Isu Kecil Yang Dijadikan Kes Seksyen 165?

SPRM Dalam Proses Bawa Pulang Aset 1MDB milik Jasmine Loo

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami