Warga New Zealand yang terperangkap di pusat epidemik wabak coronavirus China memohon bantuan kerajaan untuk meningkatkan usaha untuk membawa keluar warga New Zealand.
Joanna, yang bekerja sebagai jurutera perisian di New York dan hanya mahu nama pertamanya digunakan, pergi ke Wuhan pada 20 Januari untuk melawat ayahnya untuk Tahun Baru Cina.
Dia kini terperangkap di bandar itu dan tidak keluar dari rumah selama lima hari kerana takut dihinggapi virus yang maut 2019-nCoV.
Beliau memberitahu Checkpoint yang dia cuba mencari bantuan dari kedutaan New Zealand di Beijing, tetapi diberitahu pejabat ditutup sehingga Rabu.
Selepas menghubungi talian kecemasan, dia diarahkan untuk mendaftar dalam talian di SafeTravel.govt.nz dan menunggu maklumat lanjut, katanya.
“Saya berasa agak kecewa kerana banyak negara lain telah mengambil tindakan, tetapi kerajaan New Zealand seolah-olah ketingalan di belakang.”
Amerika Syarikat telah mengatur agar rakyatnya dipindahkan dari bandar tersebut dan Australia sedang meneroka langkah untuk mengikutinya.
Jepun dijangka menguruskan penerbangan khas esok bagi mana-mana warganegara yang ingin keluar dari Wuhan.
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun telah memberitahu persidangan berita bahawa kerajaan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa China bagi mengaturkan untuk mengeluarkan semua rakyat Jepun yang ingin kembali dari Wuhan, termasuk dalam penerbangan charter.
Pihak berkuasa China minggu lepas mengambil langkah yang tidak pernah berlaku sebelum mengenakan larangan perjalanan keluar dari bandar untuk menghalang penyebaran virus.
Joanna berkata dia “sangat risau” akan dirinya sendiri dan keselamatan ayahnya yang sudah tua.
“Sungguh menakutkan di sini Terdapat pelbagai khabar angin dalam talian dan ada kekurangan bekalan perubatan. Jika kita pergi ke luar, kita tidak boleh membeli topeng muka dimana-mana.
“Terdapat juga kekurangan makanan. Banyak rak dikedai yang kosong.
“Dan semua pengangkutan awam telah dihentikan, kenderaan juga dilarang, tiada kenderaan peribadi atau komersil dibenarkan di jalan raya.”
Oleh itu, dia dan bapanya tinggal di dalam rumah dan berhati-hati dengan kebersihan.
“Kami menggunakan cecair nyahbakteria yang kami sembur di rumah setiap hari dan kami mengambil pil Vitamin C dan makan sup ayam untuk meningkatkan sistem imun.”
Ayahnya adalah penduduk tetap New Zealand, tetapi tidak mahu meninggalkan negara pada peringkat ini, katanya. – NewsHub.nz