Welcome to Pak Din   Click to listen highlighted text! Welcome to Pak Din

[Video] Rasuah dan katak politik: Dakwaan Ketua Polis Negara yang amat serius walau agak terlambat

Dakwaan Ketua Polis Negara mengenai Kaitan Rasuah dengan Budaya Lompat Parti dalam Kerajaan PN hari ini AMAT SERIUS walaupun agak terlambat.

AMAT SERIUS kerana didedahkan oleh seorang Ketua Polis Negara yang mengesahkan tanggapan umum bahawa Kerajaan PN hari ini banyak terpalit dengan pelbagai aktiviti jual-beli pemimpin politik untuk terus kekal berkuasa di kala rakyat sedang tenat bertarung nasib untuk kelangsungan hidup mereka seharian.

AGAK TERLAMBAT kerana:

1. Ketua Polis Negara hanya bersuara ketika diambang pengakhiran kontrak beliau, sedangkan;

2. Rasuah yang terkait dengan lompat parti sudah bermula di zaman PH apabila ramai yang diugut dan ditekan dengan pelbagai kes mahkamah, cukai bahkan ditawar dengan pelbagai ganjaran untuk lompat parti menyertai PPBM bagi perkukuh Kerajaan PH;

3. Diteruskan pula di zaman PN apabila ramai disucikan daripada pendakwaan dan penyiasatan bahkan secara terang-terangan merealisasikan agenda ‘Scheme of Thing’ yang dikaitkan dengan audio pemimpin tertinggi Kerajaan PN dengan pelbagai tawaran kedudukan dan posisi penting kabinet dan GLC.

Walaubagaimanapun sebelum ‘Nasi Menjadi Bubur’, amat wajar sekali pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera dan serius WITHOUT FEAR OR FAVOUR bagi menyelamatkan Negara daripada berterusan dirundung persepsi buruk bukan sahaja rakyat tetapi masyarakat antarabangsa betapa BOBROKNYA BUDAYA RASUAH POLITK yang mampu menjahanamkan Malaysia tercinta.

#TolakPolitikRasuah
#PenjernihanBudayaPolitik
#BangkitKembali
#PemudaTerasKebangkitan

Oleh: Asyraf Wajdi

DUNIA

Mayat lelaki Thailand yang melompat ke dalam Sungai Golok untuk melarikan...

Tiga hari selepas cuba melarikan diri daripada ditahan polis Malaysia dengan melompat ke dalam Sungai Golok untuk melarikan diri, seorang warganegara Thailand ditemui...
SUKAN

Timor-Leste hampir calar maruah Harimau Malaya di laman sendiri

Malaysia nyaris dimalukan pasukan kerdil Timor-Leste selepas bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 3-2 pada perlawanan kedua Kumpulan A di Stadium Nasional, Bukit Jalil...
EKONOMI

Malaysia rekod pelaburan RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun...

Malaysia berjaya merekodkan jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
POLITIK

UMNO Belum Terima Permohonan Bekas Ahli – Ahmad Zahid

UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
NAJIB RAZAK

Almarhum Raja Abdullah Seorang Dermawan, Sumbangannya Tak Perlu Dipertikai – Najib

Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa sumbangan wang daripada Almarhum Raja Abdullah dari Arab Saudi melalui Tanore Corporation adalah sah dan tidak perlu dipertikai.

Berkaitan

POLITIK

UMNO Belum Terima Permohonan Bekas Ahli – Ahmad Zahid

UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
POLITIK

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul...
POLITIK

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum...
Click to listen highlighted text!