Malang sungguh sebab telinga mereka ok boleh dengar audio dengan jelas dan tahu suara siapa tetapi mata mereka semua teruk sangat rabunnya sehingga gagal mengenal pasti siapa didalam video.
Setelah beberapa siri alasan termasuk alasan yang boleh dikatan 'alasan bodoh' kerana kegagalan membawa balik Jho Low, ini adalah alasan terbesar dan 'terbaik' dari Perdana Menteri sendiri.
Alasan itu termasuklah mendakwa ahli perniagaan dalam buruan itu sudah membuat pembedahan wajah dan kini menyerupai ‘beruang’ dan berjalan seperti ‘seladang’
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya telah menyiasat ciapan yang dimuat naik pada pukul 11 malam 14 Oktober lalu hasil dua laporan dari bahagian jenayah siber dan multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di Balai Polis Jalan Tun Razak petang semalam.
“Saya sendiri hendak melakukan pemeriksaan balas terhadapnya tentang pelbagai dakwaan yang terpalit. Hanya dengan membawa Jho Low ini bawa balik, anak guam saya akan mendapat keadilan,” katanya kepada pemberita di luar kompleks Mahkamah Jalan Duta petang tadi.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik kenyataan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador, bahawa hasil proses pengecaman wajah ke atas video intim yang tular baru-baru ini adalah negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku dengan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, seperti yang didakwa.
Sebaliknya, menurut adik bongsu kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu, rakyat mahu tahu siapa pelaku dalam video tersebut dan perlu diserat ke muka pengadilan.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, setakat ini kesahihan video tersebut belum dapat didedahkan memandangkan pihaknya masih menunggu laporan daripada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Beliau berkata setakat ini polis belum mendapat sebarang petunjuk mengenai kesahihan video itu dan meminta pihaknya diberi ruang dan masa untuk menjalankan siasatan.