UtamaNASIONALMalaysia rugi jika 'berperang'...

Malaysia rugi jika ‘berperang’ dengan negara lain untuk dapatkan Jho Low – Tun Mahathir - pakdin.my

Setelah beberapa siri alasan termasuk alasan yang boleh dikatan ‘alasan bodoh’ kerana kegagalan membawa balik Jho Low, ini adalah alasan terbesar dan ‘terbaik’ dari Perdana Menteri sendiri.

Nampak tak permainan Pakatan Harapan untuk menimbulkan persepsi rakyat berkaitan 1MDB.

Rejim Pakatan Harapan memang lawak lah.

https://pakdin.my/tag/jho-low

…………

Malaysia akan rugi jika mencetuskan pertikaian dengan negara yang dipercayai melindungi Jho Low yang nama sebenarnya Low Taek Jho semata-mata untuk mendapatkan ahli perniagaan dalam buruan itu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedar bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang kuat untuk melakukan perkara itu.

“Kita boleh ‘perang’ tapi kita akan kalah ‘perang’. Kita akan kehilangan Jho Low. Kita perlu akui kita bukan sebuah negara yang kuat.

“Kadang-kadang mereka berbaik dengan kita, kadang-kadang mereka tidak. Kita perlu menerima hakikat itu,” katanya ketika ditemui selepas berucap di Istiadat Konvokesyen ASWARA ke-15 di Panggung Eksperimen ASWARA di sini.

Perdana Menteri ditanya tentang gesaan Datuk A Kadir Jasin supaya kerajaan menggunakan taktik ala Mossad untuk membawa balik Jho Low yang menurut tokoh wartawan itu tentunya bukanlah sesuatu yang sukar kerana pihak polis di negara ini tahu di mana beliau berada.

Ditanya sama ada beliau tahu Jho Low berada, Perdana Menteri sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa kerajaan tidak tahu di mana ahli perniagaan yang dikaitkan sebagai dalang utama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.

“Saya tidak tahu,” jawabnya ketika ditanya sama ada Jho Low berada di barat atau di timur dunia.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan sedang bekerja keras untuk mendapatkan Jho Low melalui maklumat meskipun sedar ia bukan mudah.

“Saya dimaklumkan dia mungkin memegang pelbagai pasport dan dia mungkin melakukan pengubahan wajah. Tetapi semua ini hanya khabar angin sahaja kerana tidak ada bukti. Tetapi perkara itu boleh berlaku. Itu yang menyukarkan Malaysia,” ujar Dr Mahathir.

Terdahulu Dr Mahathir yang ditanya mengapa kenyataannya mengenai Jho Low tidak senada dengan Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Ketua Polis Negara tidak memaklumkan kepadanya tentang semua siasatan mengenai ahli perniagaan tersebut.

“Beliau tidak maklumkan dan saya tidak tahu tetapi tidak semestinya apabila dia tahu di mana Jho Low, dia perlu menghubungi saya dan memaklumkan Jho Low di sini atau di sana. Ia bukan begitu,” tambahnya. – MalaysiaGazette

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...