MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Tindakan KPKT Sangat Tidak Masuk Akal, Berhutang Tempoh Pandemik Bukan Jalannya – Mohamad Hasan

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menganggap tindakan sangat tidak masuk akal apabila Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memutuskan bahawa sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) berdaftar dengannya dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP).

Soalnya, adakah ini caranya KPKT meringankan beban rakyat yang berada dalam kesempitan?

“Tindakan ini sangat tidak masuk akal. Adakah ini caranya KPKT meringankan beban rakyat yang berada dalam kesempitan? Di mana munasabahnya mengalakkan rakyat untuk berhutang? Inikah namanya strategi pemulihan yang bertangggungjawab?” bidasnya dalam kenyataan berkaitan isu terbabit menerusi laman facebooknya, hari ini.

Tegasnya, rakyat sangat memerlukan bantuan ekonomi yang sewajarnya dalam tempoh PKP 3.0 yang dilanjutkan namun menambah beban hutang bukan penyelesaian untuk keluar daripada desakan kewangan yang menghimpit.

“Menghumban rakyat yang terdesak ke lembah hutang bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi sangat tidak bermoral.

“KPKT seharusnya menggunakan ‘reserve’ Kerajaan Tempatan untuk melakukan lebih banyak intervensi kebajikan kepada rakyat. Banyak Kerajaan Tempatan mempunyai ‘reserve’ yang besar.

“Tugas kerajaan tempatan mesti mengutamakan keperluan manusiawi pembayar cukainya dan bukan sekadar melakukan kerja-kerja perbandaran.”

Jelasnya, begitu ramai rakyat kita yang terpaksa membuat pinjaman dengan ceti-ceti berlesen demi kelangsungan hidup serta perniagaan kecil mereka yang semakin malap dan mereka terhimpit dengan kadar faedah yang sangat tinggi.

“Tugas kerajaan adalah untuk mencari jalan keluar dari semua ini demi pemulihan semula ekonomi negara.

“Tetapi menggalakkan rakyat berhutang dengan ceti, bukan jalannya,” bidas beliau lagi. – UMNO Online

Berkaitan

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Tujuh banduan wanita Malaysia di penjara Narathiwat terlibat kes dadah

Terkini

[VIDEO] Gerila pemisah melakukan kekacauan di 2 daerah di Yala

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162