BERITAVideo Tular 2 Wanita Bunuh Diri Video Lama Dan Bukan Di Malaysia

Video Tular 2 Wanita Bunuh Diri Video Lama Dan Bukan Di Malaysia

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan sebuah klip video berdurasi 30 saat yang tular di media sosial, memaparkan dua (2) wanita bertindak membunuh diri dengan terjun dari sebuah apartment. Kejadian didakwa berlaku di Genting Highlands, Pahang.

PDRM mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku di luar negara pada tahun 2017. Klip video berkenaan telah diulang siar di media sosial beberapa kali semenjak tahun 2020 bagi membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Orang ramai dinasihat untuk tidak mudah percaya dengan berita-berita yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya. Tindakan berkongsi atau menyebar berita-berita sedemikian akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM
Bernama
Sinar Harian

MAINKAN PERANAN ANDA!

Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,

Salurkan Kepada Kami
TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Menteri Komunikasi yang selama ini mengarahkan SKMM memburu “penyebar berita palsu”, ghairah “repost” maklumat tidak pasti

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami