MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Pengguna Unifi Mobile mungkin dirayaukan ke Celcom 4G selepas liputan 3G ditamatkan

Di dalam perancangan JENDELA, Malaysia mensasarkan untuk menutup dan menamatkan liputan rangkaian 3G menjelang hujung tahun ini. Kebanyakan syarikat telekomunikasi telah memindahkan pengguna mereka secara berperingkat kepada peranti 4G, sambil menaik taraf beberapa kawasan 3G kepada 4G. Tetapi berbeza pula untuk Unifi Mobile.

Unifi Mobile tidak memiliki rangkaian 3G sendiri, manakala liputan 4G mereka tidak seluas syarikat telekomunikasi lain. Untuk memastikan liputan yang luas ke seluruh negara, TM menggunakan perayauan domestik 3G Celcom untuk pengguna berhubung di kawasan yang tiada liputan 4G mereka. Tetapi apa akan terjadi bila Celcom menutup rangkaian 3G mereka nanti?

Apabila ditanyakan kepada TM mengenai perancangan mereka apabila rangkaian 3G ditutup, CEO kumpulan TM, Imri Mokhtar menyatakan bahawa di dalam mesyuarat JENDELA baru-baru ini, mereka bekerjasama dengan Celcom untuk memastikan bahawa pengguna Unifi Mobile akan kekal terhubung. Walaupun tidak mengatakan dengan jelas, ada kemungkinan TM akan menggunakan rangkaian 4G Celcom nanti.

Dua tahun lepas, TM telah menandatangani perjanjian di mana Celcom akan menyediakan perayauan domestik 4G dan perkhidmatan MOCN bagi tempoh 3 tahun. Tetapi ini ada masalahnya, melihatkan bagaimana TM menyediakan pelan prabayar dan pascabayar mereka.

Pelan baru Unifi Mobile?

Pelan pascabayar Unifi Mobile

Selain pelan data tanpa had Unifi Mobile 99, semua pelan prabayar dan pascabayar Unifi Mobile memiliki kuota yang dibahagikan antara 3G dan 4G. Lebih banyak data diberikan untuk kuota 4G dan sedikit kuota untuk 3G kerana perayauan di rangkaian Celcom. Malah, tawaran tanpa had untuk pelan prabayar #Bebas hanya terhad untuk penggunaan data 4G/LTE sahaja.

Pelan prabayar #Bebas Unifi Mobile

Untuk bersambung ke perayauan data 4G Celcom, ia akan menjadi lebih sukar untuk dibandingkan pengguna sendiri. Cara yang lebih mudah adalah TM mengubahsuai pelan mereka dan membuang pembahagian data. Tinggal kurang dari 6 bulan untuk tahun ini berakhir dan TM diharapkan akan membuat pengumuman awal mengenai perkara ini.

Bagi menggalakkan pengguna yang masih menggunakan peranti atau 3G atau bukan menyokong VoLTE, Unifi sedang menjalankan kempen di mana pengguna akan menerima baucar Lazada RM50 untuk membeli peranti 4G baharu. TM telah menghantar iklan kepada 660 pengguna terpilih bagi menebus tawaran ini dengan mengisi borang yang disediakan. Kempen ini berjalan dari 24 Jun sehingga 31 Disember 2021.

# Tag
Berkaitan

Peranan penting Magnesium dalam pengurusan dan pencegahan diabetes

Mitos tentang pulut

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas