BERITASuspek cubaan bunuh diri suka marah, berjudi

Suspek cubaan bunuh diri suka marah, berjudi

TAMPIN – Siasatan polis mendapati lelaki yang cuba terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan Pekan Gemencheh di sini malam tadi tertekan akibat ditinggalkan isteri kerana suspek sering marah dan suka berjudi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal berkata, suspek juga tidak dihiraukan lagi oleh ibunya selepas enggan menerima nasihat supaya berhenti berjudi.

Katanya, ibunya bertindak demikian selepas anaknya masih suka berhutang untuk berjudi walaupun telah dinasihati berkali-kali.

“Isteri suspek iaitu wanita warganegara Vietnam telah bertindak keluar dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap suaminya.

“Lelaki berkenaan dipercayai tertekan kerana ditinggalkan dan tidak dihiraukan sehingga nekad untuk cuba membunuh diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami.

SETUJU

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami