MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Johor mulakan pemberian vaksin secara jumpa terus di lapan daerah

JOHOR BAHRU — Pemberian vaksin COVID-19 secara jumpa terus atau ‘walk-in’ di pusat pemberian vaksin (PPV) dilaksanakan di lapan daerah di Johor bagi penduduk tempatan yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata langkah itu merupakan antara usaha melengkapkan vaksinasi sebelum dibuka sepenuhnya kepada warga asing di industri selain yang tercicir mendapatkan dos kedua atas sebab-sebab tertentu.

Beliau berkata sebanyak 21 PPV menawarkan perkhidmatan vaksin secara jumpa terus iaitu masing-masing lima di Batu Pahat dan Pontian, masing-masing tiga di Kulai dan Segamat, dua di Mersing, serta masing-masing satu di Tangkak, Muar dan Kluang.

“Ingin diingatkan inisiatif ini adalah untuk melengkapkan vaksinasi penduduk tempatan yang berumur 18 tahun dan ke atas…di lokasi penempatan masing-masing. Tidak digalakkan sesiapa merentas daerah untuk berusaha mendapat vaksinasi di lokasi tersebut.

“Anda masih berpeluang mendapat vaksin dalam masa terdekat dengan hanya mendaftarkan diri melalui MySejahtera. Kesemua PPV sedia ada di lokasi lain masih melaksanakan program vaksinasi secara aktif di lokasi anda,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Vidyananthan berkata PPV berkenaan beroperasi 8.30 pagi hingga 4.30 petang bermula 2 hingga 13 Sept dan orang ramai diingatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta memberi kerjasama kepada petugas PPV ketika hadir di pusat itu.

Menurut beliau sebelum ini inisiatif vaksinasi secara jumpa terus sudah dilaksanakan melalui program PPV Mobile pada Ogos, namun ia terhad kepada penduduk tempatan yang masih belum mendaftar melalui MySejahtera khususnya di lokasi pedalaman.

Beliau berkata sehingga semalam Johor telah dapat mencapai 82 peratus tahap liputan dos pertama melibatkan 2.22 juta orang dan 51.5 peratus liputan lengkap dos kedua melibatkan 1.39 juta orang.

Katanya penduduk dewasa berumur 18 tahun dan ke atas di Johor dianggarkan seramai 2.71 juta orang.

# Tag
Berkaitan

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas