Dalam satu rakaman audio yang dirakam sebelum terbentuknya Kerajaan Pakatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendedahkan bagaimana cara untuk kecilkan kekuatan UMNO dan menguatkan lagi kekuatan parti Bersatu supaya menjadi parti Melayu tunggal yang terbesar.
Di dalam ucapannya kepada ahli-ahli Bersatu beliau mendakwa:
“Saya katakan ada 30 lebih yang UMNO sekarang ni, boleh tak kita jumpa dan cakap dengan mereka, Hey we are going to form a government kan, why dont you come and joint Bersatu?”
“Jadi kalau Bersatu dah 31, campur 10 daripada UMNO, sudah 40. Kita (Bersatu) adalah parti yang terbesar.”
“kalau kita ambik sorang sorang sorang, mungkin ada di antara mereka terutama kalau mereka ada tawaran-tawaran tertentu, why not? Apa beza nak join bersatu, apa beza nak kekal dalam UMNO?”
“Jadi usaha begitu kalau kita buat, mungkin sebahagian daripada mereka akan join jadi Bersatu.”
“Dah ada pun daripada mereka dah jadi Bersatu. Jadi Bersatu jadi the enlarge party. Imagine kalau 30 masuk dengan kita? ”
“Dengan 40 yang ada, kita akan menjadi menjadi parti Melayu tunggal yang terbesar dalam negara. Yang ini scheme of things.”
“Saya pikir kalau kita lakukan sebahagian besar mungkin kita akan anggota 10, 20..dengan Najib dan puak-puak dia, dan kita bagi jawatan. Tak jadi Menteri, jadi Chairman of GLC.”
“Dah mula, rasanya takkan dia nak keluar. Rather than stay now, and become opposition, they want to be part of the government.”
“Saya tak fikir dia (Najib) boleh buat sesuatu, dan semua orang ikut Najib punya tuntutan dan ugut kita kalau kita tak bagi ni kami akan keluar beramai-ramai. Mungkin boleh. Tapi mungkin tak berjaya. ”
“Jadi scheme of things kalau kita buat begitu, ini akan kuatkan lagi Bersatu.”